berita

Mengaku Ibu Tunggal, Isteri Kesunyian Curang Dengan 300 Lelaki Dalam Masa 2 Tahun

November 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun sudah memiliki dua orang cahaya mata, seorang wanita di wilayah Jiangsu, Beijing, China, mengambil kesempatan bermain kayu tiga dengan 300 orang lelaki yang dikenalinya menerusi media sosial.

Menerusi laporan Kompas, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi mengisi masa kesunyiannya.

Buka akaun palsu

Zhang dipercayai melakukan perbuatan menduakan suaminya itu bermula sejak 2017 lagi. Ia terjadi apabila dia membuka akaun palsu di media sosial dengan nama Zhou Mo dan meletakkan status sebagai ibu tunggal untuk menarik perhatian lelaki.

Zhang mempunyai kelebihan apabila dia bijak menggoda ramai lelaki tanpa mendedahkan wajah sebenar. Di samping itu, wanita itu juga pernah bercinta dengan lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa. Pada masa yang sama, dia turut mengambil kesempatan untuk menipu lelaki yang dikenalinya dengan meminjam wang daripada mereka dengan cara meraih simpati.

Antara alasan yang diberikan oleh Zhang ialah dia memerlukan wang untuk membayar rumah sewa, membiayai kos rawatan perubatan dan menguruskan anaknya. Hasil penipuan tersebut, Zhang berjaya meraih sekitar 400,000 yuan (RM249,000) daripada semua teman lelakinya itu.

Taktik terbongkar

Tahun demi tahun, taktik yang dilakukan oleh Zhang akhirnya terbongkar. Pada Ogos tahun lalu, salah seorang daripada teman lelakinya telah memeriksa latar belakangnya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah mendapati dirinya tertipu.

Sebulan kemudian, Zhang ditangkap dan mengaku membelanjakan sebahagian wang untuk berjudi secara dalam talian. Sepanjang tempoh dua tahun itu juga, suami dan anak-anaknya tidak tahu apa yang dilakukannya. Namun, selepas penipuan isterinya terbongkar, suaminya terkejut tetapi pada masa sama gembira. Zhang akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan didenda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).

Sumber: Kompas.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×