berita

‘Mengaku Memijak Bahagian Kepala & Leher…’ – Beberapa Hari Koma Di Hospital, Mangsa Pukul Meninggal Dunia

September 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Ipoh, Perak, seorang lelaki berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dan dipijak berkali-kali. Mangsa ditemui di belakang rumahnya dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Insiden cemas itu dipercayai berlaku pada 21 Ogos yang lalu.

Mangsa dipijak berkali-kali

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Selepas beberapa hari berada dalam keadaan koma, pada 1 September, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala yang berpunca daripada objek tumpul.

Hasil pemeriksaan luaran, terdapat bengkak di bahagian kiri kepala dan luka di dada. Hasil imbasan di bahagian kepala dan leher, mangsa didapati mengalami pendarahan di otak sebelah kiri dan retak tulang leher. Kecederaan mangsa ada kemungkinan terjatuh sendiri, dipukul orang atau kemalangan.

Tambahnya lagi, kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

Suspek ditahan pihak polis

Sementara itu, pada 28 Ogos yang lalu, adik mangsa telah membuat laporan polis mengenai insiden yang menimpa abangnya. Menurut sumber, selepas berhenti menjadi sami di Kuil Batu Puteh, mangsa dikatakan tidak bekerja hampir lima tahun.

Mangsa juga tidak menggunakan telefon bimbit dan tinggal di sebuah rumah kosong. Dia dikatakan tinggal dengan seorang lelaki beberapa bulan yang lalu.

Susulan daripada itu, pihak polis akhirnya berjaya menahan suspek yang berusia 30 tahun. Hasil daripada soal siasat, suspek mengaku telah melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Hasil temubual awal, suspek mengaku bergaduh dan memijak bahagian kepala dan leher mangsa beberapa kali. Suspek juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kampar pada 11 September 2020 (esok).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×