berita

Mengaku Pukul, Baling Periuk, Rakaman Suara Amber Heard ‘Dera’ Johnny Depp Akhirnya Tersebar

February 3rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, kes penceraian pelakon hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard sering mendapat liputan media suluruh dunia sehingga menyebabkan karier pelakon tersebut terjejas. Malah peminat selama ini mempertahankan Amber kerana simpati dengan nasib pelakon itu.

Namun, cerita sebenar terbongkar selepas Johnny memfailkan saman 50 juta dolar ke atas Amber atas dakwaan palsu dan cuba menjatuhkan reputasi. Terbaru, Amber Heard mengaku mendera suaminya serta membaling kuali dan periuk.

Rakaman audio

Mendapat lebih 100k perkongsian, rakaman video yang tersebar mendapat pelbagai reaksi orang awam yang rata-ratanya simpati dengan nasib Johnny Depp. Dalam tuntutan penceraian lalu, Amber memfailkan penceraian kerana Johnny sering menderanya secara fizikal dan mental.

Malah dia juga menunjukkan bukti foto dirinya yang cedera. Amber mendakwa suaminya seorang kaki mabuk dan sering menjadi mangsa melepaskan kemarahan. Namun segalanya terjawab selepas rakaman suara ini tersebar.

Kes penderaan luar biasa yang berlaku ke atas Johnny Depp ini turut menerima respon dari individu ini yang sedih dengan nasib yang menimpa pelakon tersebut. Malah dia turut membuat kesimpulan agar mana-mana pihak perlu mendengar kedua kedua pihak sebelum membuat andaian.

Produksi ramai batal kontrak dengan Johnny Depp

Hari ni Johnny release rakaman audio percakapan dia dengan Amber sewaktu Amber tengah dera dia.. Puncanya si Amber ni yang cakap Johnny dera dia. Dia tuduh Johnny pukul dan belasah dia. Kesannya, Johnny kena drop oleh Disney. Sebab tu takda dah cerita Pirate of Caribbean. Selain Disney, produksi lain juga cancel nak ambik Johnny. Johnny lawan balik. Sebagai seorang lelaki, aku agak sedih sebenarnya dengan nasib yang menimpa Johhny. Juga sedih dengan sistem dunia. Johnny kena tunjuk berpuluh-puluh bukti bahawa dia didera Amber. Hanya lepas tu baru orang betul-betul beri perhatian.

Kalau perempuan, tak perlu tunjuk bukti apa-apa pun yang dia pernah didera. Cukuplah tulis dekat Facebook yang suami dia pukul dia. Seluruh warga maya akan percaya tanpa berfikir dua kali. Tak perlu report polis, tak perlu laporan kesihatan, tak perlu saksi. Cukuplah sekadar cakap “suami saya pukul saya” atau “teman lelaki saya rogol saya”. Maka mengamuk la semua orang. Kalau lelaki tolak cinta wanita dan wanita fitnah lelaki tu buat sexual harassment, lelaki tu akan terus kena charge. Musnah hidup, musnah maruah, rosak nama untuk benda yang dia tak buat pun.

Ekoran fitnah yang dibuat Amber Heard, Johnny Depp terpaksa berhadapan dengan kemusnahan kerjayanya dalam lakonan kerana beberapa pihak produksi tidak lagi mengambil Johnny Depp. Walaupun diberi berpuluh bukti mengenai penderaan itu, namun ramai yang memihak kepada isterinya.

Tiada siapa percayakan lelaki

Tak ada sesiapa yang percayakan lelaki. Tak ada sesiapa percaya bahawa perempuan juga boleh jadi abusive. Aku selalu tulis betapa perempuan ni sangat terer dalam playing victim, manipulating, dan emotional blackmail. Itu kepakaran mereka. Itu fitrah mereka. Bukan kita tak pernah jumpa kes-kes perempuan dera anak atau buang bayi. Psychopath, sociopath, lunatic, narcissistic ni boleh wujud dalam semua jenis orang tak kira jantina atau bangsa. The point is, orang fokus benda macam ni dalam kalangan lelaki saja. Ingat perempuan takde macam tu ke?

Sekurang-kurangnya Johnny Depp tu orang famous. Boleh guna kuasa publisiti untuk tegakkan maruah dia. Kalau lelaki biasa macam kau dan aku, macam mana? Kesimpulannya, dalam setiap kisah, akan ada 3 side iaitu side A, side B, dan kebenaran. Sentiasalah berpihak kepada kebenaran. Bukan A atau B.

Individu ini terkesan kerana kaum lelaki tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya walaupun sudah beritahu beberapa kali. Masing-masing terlalu percaya dengan kata-kata seorang perempuan kerana fitrah kehidupan, perempuan adalah kaum yang lemah.

Sumber : SiennaMohd Zailee

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×