Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar India mengaku bersalah merogol seorang wanita mabuk di Cardiff, United Kingdom pada Jun tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Rogol Kanak-Kanak 13 Tahun Hingga Lahirkan Bayi, Pekerja Ladang Dipenjara 8 Tahun, 4 Sebatan
‘Terlupa’ guna kondom
Foto: The Daily Mail
Memetik laporan The Daily Mail, pelajar kejuruteraan yang dikenali sebagai Preet Vikal, 20, mendedahkan bahawa dia membawa mangsa yang tidak dikenalinya itu dengan cara mendukungnya ke bilik selepas mereka bertemu di luar sebuah kelab malam.
Menurut pendakwa raya Matthew Cobbe, Vikal kemudiannya mengambil kesempatan terhadap wanita mabuk itu dengan merogolnya di bilik berkenaan.
Vikal dipercayai turut mengambil beberapa foto wanita berkenaan sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Lebih menjengkelkan ialah Vikal turut menghantar gambar-gambar yang diambil kepada rakannya serta mengakui dia ‘terlupa’ untuk menggunakan kondom ketika merogol.
Sedar apa yang berlaku terhadap dirinya, wanita berkenaan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Vikal kini dijatuhi hukuman penjara enam tahun sembilan bulan atas kesalahan merogol .
Sumber: The Daily Mail