berita

Mengamuk Sebab Mak Tak Bagi Duit, Lelaki Tikam Kepala Adik Dengan Gunting

September 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan polis selepas disyaki menikam kepala adiknya menggunakan gunting di sebuah rumah di Kampung Pintas, Beaufort, Sabah.

Tikam kepala adik dengan gunting

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Free Malaysia Today, suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana berang berikutan kegagalannya mendapatkan wang untuk membeli dadah daripada si ibu. Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob, suspek kemudian mengamuk dan menjerit sambil merosakkan barangan di sekelilingnya.

Adik suspek (mangsa) yang berusia 25 tahun kemudian cuba menegur abangnya itu namun sebaliknya yang berlaku apabila suspek dipercayai bertindak agresif dengan menikam kepala mangsa menggunakan gunting.

Ibu mereka yang melihat kejadian itu segera meleraikan. Akibat insiden itu, mangsa luka di kepala dan dada kerana terkena gunting yang didakwa digunakan suspek. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

Berikutan daripada insiden itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis dan gunting yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu juga telah dirampas. Hasil daripada siasatan awal mendapati suspek berkemungkinan adalah seorang penagih dadah. Meskipun begitu, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×