berita

“Mengapa Mahu Punya Anak Jika Belum Bersedia..”- Fazura Simpati Kes Dera Adik Yaya #PrayForYaya

June 30th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

fazura

Geram, marah, sedih semuanya perasaan bercampur baur bila dapat tau kes adik Yaya didera oleh ibu tirinya sendiri. Kak, kalau tak boleh nak jaga budak kecil baik akak bagi orang yang lagi bertanggungjawab je mengasuh adik Yaya tu. Buat apa nak dera sampai cacat kekal dibuatnya? Mana sifat kemanusiaan tu?

Kes ini dapat perhatian dari banyak pihak dan kami pasti, satu Malaysia sedia maklum dengan sifat kejam ibu tiri dan ayah Yaya tu. Artis jelita, Fazura juga naik angin dek isu dera tu. Haih.. macam-macam benda jadi sekarang ni..

#PrayForYaya

adik yaya 2

Screen Shot 2015-06-30 at 10.54.50 AM

Berita ini sama sekali tidak dapat diterima akal. Selepas satu persatu kes haiwan yg tidak mampu bersuara di seksa oleh hati hati kejam, kini kita disuap pula berita anak kecil yg mengharap lindungan bapa kandung dan ibu tiri tapi sebaliknya dilaporkan didera sehingga mengalami kecederaan di tulang rusuk, lengan, pinggul dan patah tulang belakang. Disaat masih ramai pasangan suami isteri di luar sana yg mengimpikan seorang zuriat, kini rata rata masih ada manusia yg tidak mensyukuri kurniaan ALLAH yg paling berharga ini. Mengapa mahu punya anak jika belum bersedia dan mampu bertanggungjawab menjaga serta memberi sepenuh kasih sayang padanya? Saya percaya bukan semua ibu tiri sekejam dia, namun apakah nilai kasih sayang si bapa sehingga tidak mampu melindungi zuriatnya sendiri. Hiba tetapi syukur… Setelah melarikan diri, akhirnya mereka tertangkap juga. My heart goes out to precious Yaya’s mother, Puan Sana Abdul Malek dan marilah kita sama sama berdoa untuk Adik Nur Zuliana Zaara semoga dengan keberkatan ramadhan ini, dia akan cepat sembuh dan kembali pulih sepenuhnya dengan izin ALLAH SWT. Amin ?? #PrayForYaya #JusticeForYaya #WhereIsTheLove #PrayForBetterHumans #PrayForABetterWorld #PrayForMalaysia

Berikut merupakan luahan hati Fazura berhubung kes itu. Kita yang baca pasal kecederaan serius yang dialami Yaya tu pun dah sebak, ini kan lagi Yaya yang sedang menanggung sakit tu. Semoga adik Yaya dilindungi Allah S.W.T ya.. Amin!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×