berita

‘Mengemis Hak I Sendiri’ – Kerja Kapal Tapi Liat Nak Bayar Hutang, Gadis Ini Tuntut Bayaran

September 5th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagi pasangan yang bercinta, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintai. Bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk membahagiakan pasangan.

Seperti perkongsian gadis ini, bekas teman lelakinya menggunakan nama untuk tujuan pembelian telefon bimbit. Sehingga ke hari ini bayaran tertunggak masih belum dijelaskan dan bekas teman lelaki mengelak dengan memberi pelbagai alasan.

Guna nama untuk bil telefon

I minta maaf sebab terpaksa buat semua ni sebab you yang minta. The reason why saya post ni just nak siapa yang kenal dia ni beware la jangan percaya. Jangan ada yang kata “masa couple bukan main sayang, dah putus nak burukkan kan”. Meh duduk tempat saya dulu tengok apa awak akan buat. Saya screenshot benda-benda penting je. Sebelum tu saya minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan post ni. Okay ceritanya macam ni.

Dia ada amik plan maxis GUNA NAMA SAYA sebab nama dia dah kena blacklist. Dalam masa yang sama dia ada beli phone CASH dekat maxis centre sunway piramid (saya ada masa ni). So saya fikir dia mampu untuk bayar bill sebulan RM150. Total sampai harini adalah RM1031.60. Dia amik plan dan beli phone tu bulan januari kalau tak silap saya. Sampai harini 1 sen pun dia tak bayar bill tu. So sepatutnya 16/17 July tu kitorang nak jumpa nak declined nombor tu. TAPI macam biasalah alasan yang diterima.

Kerja kapal tapi hutang susah nak bayar?

Serious talk kalau dia setakat pinjam duit SAHAJA memang saya boleh halalkan tapi ni pakai NAMA tau. Apa-apa bukan dia kena pun. Saya tau isu ni tak besar mana pun cuma just nak orang lain hati-hati. Jangan kata saya sorang je dia berhutang, orang lain beribu ribu dia hutang. SEMUA orang yang dia hutang cari saya sebab dorang fikir saya bersubahat dengan dia. Orang cari dia sampai ke RUMAH saya.

Okay saya tak nak cerita hal yang lain nanti kata saya lari topik pula. Saya tak minta banyak pun, nak sangat jumpa dia depan mata nak tau apa masalah dia yang susah sangat nak bayar. Sebab dia kata dia keje atas kapal, atas kapal wey mana ade gaji cikai-cikai. Takkan hutang banyak tu pun susah nak bayar. Saya tak nak buat report sebab kat balai tu lagi banyak kes besar-besar so mesti tak dilayan. Saya tak nak pergi rumah dia sebab saya tak nak kacau family dia, family dia baik dengan saya. Lagipun ni masalah saya dengan dia bukan dengan family dia.

Macam-macam alasan

Ni kali kedua i rasa orang post you dekat fb. Jangan salahkan orang, tanya diri sendiri. Orang takkan buat kalau you tak start. Teruk dah you kena dulu depan mata i, tak insaf-insaf lagi ke? Penat tau nak minta banyak kali, i pula yang mengemis hak i sendiri. I tau you baik. Please please please tolong i kali ni.

Saya dah give up, ni last choice saya nak cari dia walaupun ruma kitaorang dekat. Kalau sesiapa jumpa dia cakap saya cari eh. Thank you

#tolongsharesampaidekatdia

Sumber : Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×