berita

Menggamit Kenangan Lagenda P Ramlee & Saloma, TVS Lancar Program ‘Getaran Jiwa’

October 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bertemakan ‘Irama Mengimbau Kenangan’, TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak melancarkan program realiti hiburan, ‘Getaran Jiwa’. Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, program 8 episod ini akan menemui penonton di saluran 122 di Astro dan MYTV mulai 21 Oktober 2022 (Jumaat).

Hadiah sebanyak RM60,000

Bersiaran setiap Jumaat, jadual mingguan program ini akan dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam, diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam. Menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment diwakili Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.

Kesemua peserta bakal bersaing untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000. Persembahan peserta akan dinilai melalui sistem pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional diketuai oleh Dato’ Nash dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi di atas talian.

Antara barisan juri jemputan yang bakal mewarnai program ini ialah Noraniza Idris, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Ayai Ilusi dan Fauzi Marzuki. Rody Kristal pula telah dilantik sebagai Pengarah Muzik ‘Getaran Jiwa’. Menurut Adlan, program realiti hiburan ini membawa kelainan dan nafas baharu.

Susunan muzik karya-karya evergreen Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bakal kami olah supaya menjadi lebih kontemporari. Insya-Allah, bakat-bakat baru yang kami ketengahkan dan persembahan yang bakal kami sajikan akan mencuit hati para penonton.

Tanpa lari daripada intipati asal lagu kedua-dua legenda tanah air tersebut, para peserta diberikan peluang menggunakan kreativiti mereka untuk mengangkat martabat lagu yang sedia ada. Dengan barisan peserta dari seluruh Malaysia daripada latar belakang yang pelbagai, kami juga tidak sabar menunggu kejutan daripada bakat-bakat ini.

Jiggy Masin dan Sissy Iman pengacara

Proses untuk membawakan Getaran Jiwa ke kaca TV lebih 9 juta penonton TVS bukanlah hal yang mudah. Namun, dengan sokongan kerajaan negeri Sarawak, kegigihan tenaga kerja TVS dan creative team di Morningstar membolehkan kami menyiarkan program ini LIVE dari Sarawak kepada penonton di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyokong dan menonton program realiti ‘Getaran Jiwa’. Untuk pengetahuan korang, program tersebut akan menampilkan Jiggy Masin dan Sissy Iman selaku pengacara.

Oleh itu, jangan lupa saksikan ‘Getaran Jiwa’ yang bakal mewarnai kaca TV korang pada pukul 8.45 malam, setiap Jumaat bermula 21 Oktober ini hanya di TVS, saluran 122 di Astro dan MYTV. Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×