berita

‘Menggigil Badan Aku Menahan Marah, Dia Pakai Gelang Pink Weh…’

October 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Melaka, Sri Suzaidah Masri, berkongsi detik cemas apabila dia ternampak seorang lelaki memakai gelang merah jambu sewaktu membeli belah di sebuah pasar raya.

Menurut Suzaidah, lelaki tersebut telah menyembunyikan gelang merah jambu itu di bawah tali jam tangan agar tidak kelihatan oleh orang awam termasuk pengawal keselamatan.

Siap dukung anak

Allahuakbar. Kejadian hari ini 5/10/2020 (Isnin). Waktu : 8.30 malam – 9.30 malam. Menggigil badan aku menahan marah. Dia pakai gelang pink weh. Gelang pink. Kitorang tengah pilih ayam. Ternampak diorang baru masuk. Gelang pink tu memang takkan nampak kalau pandang dengan mata kasar. Dia sorok bawah tali jam tangan.

Kitorang ternampak sebab terpandang dia dukong anak, dan ada terkeluar sesuatu berwarna pink bawah jam tangan dia. Lelaki kan jam dorang tali besar. So dia letak gelang tu bawah tali jam. Sorokkan gelang pink tu. Sebab tu guard tak nampak.

Kejadian yang berlaku semalam, ternyata mengejutkan Suzaidah dan beberapa orang awam yang berada di pasar raya tersebut. Menurutnya, mereka tidak perasan mengenai gelang merah jambu tersebut sewaktu lelaki itu sudah berada di dalam pasar raya. Namun, gelang itu kelihatan sewaktu lelaki berkenaan sedang mendukung anaknya.

Duduk diam di rumah

Ya Allah. Cepat-cepat kita orang jalan keluar, tinggalkan barang dan pergi jumpa manager. Manager pergi kat dia, dan cek. Ya betul. Gelang Pink. Aku cakap dengan manager. Dia da masuk pegang sana sini. You kena call polis. Biar polis selesaikan. Patut dia tak boleh keluar rumah dan tak boleh masuk tempat orang ramai macamni. Ini kalau u lepaskan, lepas tu orang lain pegang2 barang yang dia pegang macamana? Suka hati dia je.

Dia nampak aku perhati dari jauh dan dia tunjuk tanda, geleng-geleng dan suap ke mulut (Xde benda nak makan). Ya Allah. Banyak je cara boleh cari makan. Bini kau tak pakai gelang, suruh la beli makan. Otak mana weh. Betul-betul menyusahkan orang. Aku ni bawa 2 orang ibu mengandung dan sorang anak kecil tau. Mana pergi otak kau. Memang aku marah sangat. Otak kau memang letak kat tapak kaki.Tak kisah la kau positif ke negatif ke selagi kau pakai gelang pink, kau kena duduk diam0diam kat rumah.

Panik sebaik sahaja melihat gelang tersebut, Suzaidah terus melaporkan hal berkenaan kepada pihak pengurusan pasar raya itu. Ujarnya lagi, individu berkenaan perlu menjalani kuarantin di rumah selagi gelang tersebut masih di tangannya.

Sumber: Sri Suzaidah Masri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×