berita

Menghitung Hari Kelahiran Anak Sulung, Awal Ashaari Cenderung Untuk Pengsan – Scha Alyahya

June 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-22 at 11.13.45 PM

Rasanya masih segar di ingatan tatkala Awal Ashaari melamar Scha Alyahya secara langsung di sebuah program hiburan kira-kira 2 tahun yang lalu kan?

Sedar tak sedar kini pasangan itu sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka beberapa minggu sahaja lagi.

Namun, apa yang lucunya, Scha yang ditemubual oleh Melodi memberitahu bahawa suami kesayangannya itu cenderung untuk pengsan di labour room nanti! Penyakit nervous mungkin?

Screen Shot 2014-06-22 at 11.15.33 PM

Mengandung pun maintain cantik! Camne?

“Awal ada kecenderungan untuk pengsan jadi saya kena risaukan dia. Sebelum dia buat drama kat dalam tu, nak sambutlah, nak potonglah, nanti tengok-tengok dia yang tiada.”

Sweetnya! Dia yang mengandung, dia yang risaukan si suami. Tapi, Awal sememangnya nampak sangat bersemangat nak sambut kelahiran permata sulung mereka. Malah, katanya Awal yang over buat persediaan ya?

Namun, bukan semua oranng senang hati melihat kebahagiaan mereka kerana seperti yang umum sedia maklum baru-baru ini Scha dan kandungannya telah menjadi mangsa haters di Instagram.

“Saya menyeru pada semua orang di luar sana jangan cakap sewenang-wenangnya jangan menggunakan laman siber untuk tempat mengeji. Lebih-lebih lagi pada orang yang kita tak kenal dan juga insan yang tidak berdosa.

Saya jadi marah bila di laman instagram menggunakan ayat yang saya rasa cukup kasar dan tidak sepatutnya dilontarkan pada seorang bayi yang belum lahir dan emaknya. Itu defend saya sebagai sorang bapa secara tak langsung protect keluarga saya.”

Sebaliknya, Scha pula nampak lebih cool apabila menganggap bahawa tohmahan tersebut sebagai perkara positif dan merasakan individu tersebut tidak memiliki kelebihan seperti mereka.

Apapun, kami doakan agar Scha selamat melahirkan bayi sulungnya sebab kami pun excited nak tengok kombinasi wajah Scha dan Awal! Mesti comel!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×