Khas untuk penggemar drama korea, TV9 kini menyiarkan drama Flower of Evil di slot Chamsarang. Siri televisyen Korea Selatan ini dibintangi oleh Lee Joon-gi, Moon Chae-won, Jang Hee-jin dan Seo Hyun-woo.
Isteri siasat kes jenayah suami
Flower of Evil adalah thriller jenayah percintaan mengenai psikopat tanpa emosi (Lee Joon Gi) yang mengubah identitinya dan cuba melupakan masa gelapnya dengan berkahwin seorang detektif pembunuhan (Moon Chae Won) yang cuba membongkar kebenaran mengenai dirinya.
Lee Joon Gi memegang watak sebagai Baek Hee Sung. Dia mempunyai masa silam yang gelap dan bekerja keras untuk sembunyikan rahsianya dengan menjadi suami dan ayah yang sempurna.
Namun, kehidupan baru kini terancam apabila isterinya mengambil kes berkaitan dengan masa lalunya.
Moon Chae Won adalah isteri Hee Sung, Cha Ji Won. Kehidupannya nampak sempurna dan sangat mencintai Hee Sung. Ketika dia mula menyiasat kes pembunuhan lama, petunjuk mula menunjuk ke arah yang tidak pernah diimpikan iaitu terhadap suaminya.
Di samping itu, turut sama ada adalah Kim Moo Jin (Seo Hyun Woo) merupakan seorang wartawan yang pernah mempunyai hubungan lalu dengan Hee Sung dan juga Do Hae Soo (Jang Hee Jin) yang merupakan adik perempuan Hee Sung. Kedua-duanya mempunyai kisah menarik dan banyak cabaran yang mereka sendiri hadapi.
Bersiaran tiga kali seminggu
Drama 16 episod yang penuh konflik ini mula bersiaran pada 20 Ogos. Jangan lupa saksikan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10 malam manakala hari Jumaat pula pada jam 10.30 malam.