Setiap pasangan pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah dan indah untuk diabadikan sebagai kenangan seumur hidup. Oleh itu, persediaan awal perlu dilakukan dari segala aspek termasuklah tempahan katering, doorgift, kad kahwin, baju pengantin dan sebagainya.
Kesemua persediaan ini amat penting bagi memastikan kelancaran majlis dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Menerusi twitter, Aiman Norha kongsi pengalamannya sebagai seorang katerer berhadapan dengan tuan rumah yang kurang membuat persediaan.
Kurangkan jumlah edaran kad
Bagi mengurangkan kos, setiap keluarga bakal pengantin perlu merancang terlebih dahulu jumlah tetamu yang dijemput dan jumlah kad yang diedarkan. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya isu tidak cukup makanan.
Makanan tak cukup
Tuan rumah sepatutnya perlu membuat bajet terlebih dahulu sebelum memanggil tetamu dan menempah katerer. Bagi setiap kenduri, makanan dan minuman merupakan perkara paling penting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah!
7 khemah tapi jemput 600 pax je
Apa yang lebih mengejutkan apabila keluarga pengantin ini memasang 7 unit khemah untuk jemputan seramai 600 orang. Sepatutnya lakukan perbincangan dengan pihak katerer dahulu sebelum membuat tempahan.
Pengajaran buat semua
Kejadian seperti ini boleh dijadikan pengajaran buat semua bakal pengantin. Jadi, lepas ini kalau nak buat kenduri, rancang lah bajet terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan salah faham dan tidak membebankan pihak lain.
Sumber: Aiman Norha