Trend mengubah bentuk wajah dalam kalangan wanita Islam makin rancak dilakukan malah terus dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Tak Sayang Ayah Kepada Anak-Anak’ – Ustazah Asma Dedah Puteri Sarah Pernah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Siap Minta Khidmat Nasihat Lagi!
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki – ‘Jangan Kerana Fesyen & Ikut Trend Sanggup Memakai Yang Haram’
Hukum dalam Islam
Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran di Instagram (IG) miliknya. Kata Asma’, mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden adalah haram dari segi hukum agama.
Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden. Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung dan lain-lain. Hukumnya adalah haram.
Dalam pada itu, Asma’ turut meminta agar menyebarkan tentang perkara tersebut kepada orang ramai.
Ramai yang buat sebab suami
Di ruangan komen, rata-rata pengikut berterima kasih dengan ustazah atas perkongsian yang sangat berguna dan berharap dapat memberi manfaat.
Bagaimanapun, segelintir warganet juga berpendapat ada yang menggunakan alasan untuk suami sebagai ‘tiket’ mengubah rupa asal.
Sumber: Instagram