berita

Meninggal Dunia Akibat Disengat Tebuan, Suami Tak Sempat Sambut Hari Jadi Anak Yang Ke-2 Tahun

March 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang dilalui wanita ini apabila si suami telah dijemput Ilahi baru-baru ini. Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh penyampai radio terkenal iaitu DJ Lin di laman Facebook miliknya.

Maut disengat tebuan

Menerusi perkongsian tersebut, arwah yang dikenali dengan nama Mohamad Saiful Bahri Bin Che Husin berusia 28 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Mac lalu selepas disengat tebuan sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerjanya. Difahamkan, arwah telah meninggalkan isteri, Fahmizah Mohd Noor dan seorang anak kecil berusia dua tahun. Lebih menyayat hati apabila mengetahui arwah tidak sempat menyambut ulangtahun kelahiran anak tercinta pada 17 Mac ini.

Menurut sumber, jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Meru dan ahli keluarga arwah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada DJ Lin dan semua individu yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan menitipkan doa buat arwah dan keluarga.

Video

Sumber: DJ Lin, Jaja Nor Fiza

SKIP THIS AD ×