Sejak negara dilanda musibah, masyarakat dinasihatkan memakai topeng muka sekiranya mereka berada di tempat awam mahupun berada dalam keadaan yang tidak sihat. Susulan daripada itu, penjualan topeng muka mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, masih ada sindiket penipuan penjualan topeng muka dan penutup hidung yang dilakukan di dalam talian sejak belakangan ini. Menerusi laporan Berita Harian, seorang remaja perempuan berjaya ditangkap oleh pihak polis kerana menipu para pembeli.
Sejumlah RM80
Sekadar gambar hiasan
Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, tertuduh yang dikenali sebagai Nur Aina Zafirah Zulkiflee, 18 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini. Sejumlah RM80 milik Nor Alia Natasha Rahimin dipercayai dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh di mana wang tersebut merupakan hasil penipuan pembelian topeng muka dalam talian.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh tidak dapat memberikan penjelasan dengan baik bagaimana wang tersebut boleh berada dalam akaunnya. Oleh itu, tertuduh dipercayai melakukan kesalahan dibawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Denda dan penjara setahun
Sekadar gambar hiasan
Tertuduh bakal dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika dia disabitkan bersalah. Pihak mahkamah turut membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dan menetapkan 2 Jun nanti sebagai tarikh untuk sebutan semula kes. Ini kerana, tertuduh berusia bawah 21 tahun. Mahkamah juga sedang menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk maklumat, tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: Berita Harian