berita

‘Menjadi Popular Atau Untuk Berjaya?’- TMJ Tegur Syed Saddiq Isu Provokasi?

July 31st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pemain negara bawah 16 tahun (B16), Amirul Ashrafiq baru-baru ini menerima ugutan bunuh daripada penyokong Indonesia gara-gara tersalah memuatnaik bendera Indonesia secara terbalik. Meskipun permohonan maaf sudah dibuat, masih terdapat provokasi menghina negara ketika perlawanan menentang Thailand semalam.

Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi laman facebook menggesa surat bantahan dibuat kepada AFF dan AFC selain turut protes tarik diri dari kejohanan tersebut jika perlu.

Provokasi menghina Malaysia

Menerusi instagram pride Indonesia, satu ugutan bunuh telah dibuat malah penyokong fanatik Indonesia turut bersikap biadap dengan menyanyikan provokasi ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ ketika menentang Thailand dalam Kejohanan Piala AFF B16 2018 di Indonesia.

Respon YB Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menerusi laman Twitter turut kecewa dengan provokasi tersebut dan memaklumkan ugutan seperti ini tidak boleh ditolerasi. Beliau walaubagaimanapun telah menghubungi menteri mereka berhubung isu ini.

‘Ini bukan mengenai diplomatik tetapi mengenai nama negara yang telah dihina’

FAM hantar surat bantahan kepada AFF dan AFC

2018-07-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung tindakan melampau penyokong tuan rumah, Indonesia menghina nama negara Malaysia dengan menyanyikan chant berbunyi “Malaysia itu anjing” pada perlawanan sulung skuad B-16 kebangsaan kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib untuk Kejuaraan B-16 AFF 2018 bertemu Thailand di Surabaya, Indonesia, malam tadi.

Saya sependapat dengan Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan mantan Presiden FAM apabila baginda turut berasakan apa yang dilakukan penyokong Indonesia itu cukup melampau kerana ia satu penghinaan besar terhadap nama negara kita Malaysia, menerusi satu kenyataan dikeluarkan baginda di page JOHOR Southern Tigers, lewat malam tadi.

Justeru tindakan menghantar surat bantahan kepada AFF dan AFC ini kita lakukan dengan segera supaya dua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya agar perkara sama tidak berulang apabila skuad B-16 turun pada perlawanan kedua Kumpulan B di stadium sama bertemu Brunei, Jumaat ini.

Bagi memastikan kawalan keselamatan terhadap skuad B-16 kebangsaan lebih terjamin, FAM juga telah bertindak untuk menghantar Exco FAM, ACP Md Dali Wahid yang merupakan seorang pegawai tinggi PDRM ke Surabaya, esok bagi membuat penilaian terhadap langkah-langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak tuan rumah dan penganjur.

Jika didapati tuan rumah dan penganjur sekadar mengambil ringan berhubung isu ini, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik selepas ini.

Bagaimanapun, saya berharap pihak AFF dan AFC akan bertegas dalam hal ini kerana jika diimbas semula, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah didenda AFC sebanyak AS$30,000 (RM121,702) kerana tindakan penyokong kita menyanyikan chant menghina Brunei dan Singapura ketika perlawanan acara bola sepak lelaki. Tindakan dan denda sewajarnya juga sepatutnya perlu dikenakan terhadap penyokong Indonesia.

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sumber : JOHOR Southern Tigers , Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×