berita

‘Aib Keluarga Tetap Kena Jaga, Lapor Pada Pihak Yang Betul’ – Azhar Sulaiman

September 12th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf kepada pelakon Puteri Balqis berhubung dakwaan menjadi mangsa amang seksual bapa kandung sendiri.

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD?

Artikel Berkaitan: ‘Awak Sudah Menulis Nota Bunuh Diri Untuk Kami’ – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Azhar Sulaiman

Jaga aib!

Menerusi hantaran berbeza di Facebook, Azhar menyatakan dia masih dengan pendirian untuk menjaga aib keluarga daripada pengetahuan umum.

Kata aktor berumur 51 tahun ini, membuka aib boleh memberi kesan buruk kepada seluruh keluarga besar.

Menjaga aib bermaksud untuk mengelakkan sebarang tindak balas atau kesan kepada nama baik keluarga seperti pada atuk, nenek dan sepupu.

Bercakap dengan orang yang betul

Tegas pelakon filem Abang 92, menjaga aib bukan bermaksud terpaksa menyembunyian kejadian jenayah yang berlaku daripada mana-mana pihak.

Jelasnya, insiden menjijikan itu boleh diadukan kepada pihak berkuasa tanpa melibatkan orang ramai.

Hasil pemerhatian OhBulan!, bapa kepada Kasih Iris Leona ini telah memadam hantaran tersebut dan juga permohonan maaf.

Pada Isnin minggu lalu, Puteri Balqis membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan dakwaan bapanya gemar menonton filem lucah, malah pernah melakukan perbuatan onani di hadapannya.

Sebelum ini, media melaporkan, bapa kepada Puteri Balqis membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bapa Puteri Balqis sudah ditahan pada Rabu dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman

SKIP THIS AD ×