berita

‘Mentaliti Kita Jauh Kebelakang..’ – Pernah Ditertawakan Pelajar Malaysia, Ini Nasihat Azizulhasni Buat Semua

February 20th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang beberapa kali mencipta sejarah dengan menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Malah, beliau juga pernah muncul pelumba terpantas Asia pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional pada tahun 2018.

Terbaru, beliau memberi pendapat terhadap isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang iaitu komunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Pernah ditertawakan

Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah.

Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.

Menurut beliau, ketika dalam majlis tersebut dia memulakan perbuakan mengenai isu DNA dengan pelajar Malaysia yang mengambil Doctor of Philosophy (PhD) di sana. Namun kerana tersilap sebut, dia ditertawakan oleh pelajar berkenaan.

Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan.

Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’.

Orang mat salleh tidak pernah begitu fasih

Lebih memalukan apabila dia digelakkan oleh pelajar berbangsa Melayu sendiri sehingga tersembut air liurnya ketika minum air sirap. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan beliau itu dan hanya diketahui selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kejadian tersebut kepadanya.

Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.

Tambah Azizul lagi, berbeza pula berada di kalangan orang barat kerana mereka sering membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya jika dia tersilap komunikasi. Malah tiada langsung ketawa atau jauh sekali mempersendakan dirinya.

Perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya.

Jangan hina orang lain

Dalam pada itu, dia memberitahu bahawa perkongsian ini bukanlah untuk mempertahakan mereka yang berbuat kesalahan dalam bahasa Inggeris namun janganlah perlekehkan mereka. Nasihatnya agar tidak malu untuk tidak fasih bahasa lain tetapi carilah ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi.

Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan.

Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.

Akhir sekali Azizul berharap agar kita sebagai rakyat Malaysia mengubah mentaliti sebegini dan jangan mempersendakan mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik.

Sumber : Azizulhasni Awang

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×