berita

Menteri Belia & Sukan Ucap Terima Kasih Buat Penyokong Skuad Harimau Malaya – ‘Kejayaan Yang Cukup Bermakna’

June 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi ucapan tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malam bersejarah

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Faizal berkata kemenangan Harimau Malaya semalam merupakan hari bersejarah buat sukan bola sepak negara selepas penantian 42 tahun. Tambahnya, kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia. Ujar Faizal lagi, dia berharap semua pemain terus fokus dan berusaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan.

Terima kasih pemain ke-12! Kehadiran para penyokong memberikan sokongan padu kepada Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat kepada pemain negara.

Di akhir kenyatan media tersebut, Faizal mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong yang hadir di stadium semalam. Menurut Faizal, sorakan tanpa henti Ultras Malaya telah memeriahkan suasana di stadium. Pada masa yang sama, ianya berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang.

Teruskan sokongan padu anda!

Terdahulu, Faizal tampil membela penjaga gol negara, Farizal Marlias susulan kesilapan disifatkan tindakan kurang bijak hingga menyebabkan Harimau Malaya tumpas di tangan Bahrain. Tambah Faizal, faktor luaran daripada lebih 63 ribu penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung harus diambil kira atas kekalahan itu. Ujar beliau lagi, sorakan penonton secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain negara hilang fokus. Berikutan kenyataan tersebut, Faizal tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Sumber: KBS

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×