Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.
Saya akan buat laporan polis
Menurut Junaidi, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara tersebut sejak beberapa hari lalu.
Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini. Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor saya dalam Telegram itu untuk pinjam duit.
Menerusi laporan kosmo, mereka telah menerima satu mesej daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi susulan ingin meminjam wang berjumlah RM3,000. Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari yang sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak.
Nanti masukkan duit ke akaun bank Public Bank di atas nama Husin bin Abidin dan tulis sebab pemindahan wang atas sebab Wan Junaidi. Nanti dah pindahkan duit, hantar salinan resit supaya saya ambil maklum apabila dah masukkan duit dalam akaun saya.
Sumber: Kosmo