berita

Tunjuk Ajarku Sifu! Mentor Kembali Lagi Untuk Musim Ketujuh

October 23rd, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Mentor merupakan sebuah program realiti nyanyian TV3 yang tidak asing lagi di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan pada 2005, rancangan tersebut telah melahirkan bintang-bintang hebat seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Fiq Halim, Salma, Black, dan ramai lagi.

Bakal menggamatkan malam hujung minggu anda, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 akan dibarisi oleh barisan tenaga pembimbing baharu yang berpengalaman, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip, dan Siti Nordiana.

Mentor dan Protege

Penyanyi Lagu Kita, Aizat Amdan telah memilih tiga bakal protege iaitu Faizul Ashraf berasal dari Ampang, Selangor, Megat dari Tawau, Sabah dan Faris Malek Saratok, Sarawak.

Hafiz Suip pula memilih Azmirul, 24, Amal Faudzi, 21 dan Nadia, 24 sebagai bakal protege untuk berentap sepanjang Mentor musim ketujuh ini.

Manakala team Siti Nordiana menampilkan Taufiq Rodzi berasal dari Sungai Petani, Kedah, Zaaim dari Alor Setar, Kedah dan Syamimi dari Ampang, Selangor sebagai bakal protegenya untuk Mentor 7 ini.

Datuk Syafinaz mengetengahkan tiga bakat baru sebagai protege beliau iaitu Ranisha, 18, Aznona, 23 dan Lazarul, 28.

Pengacara dan barisan juri

Mentor 7 turut menggabungkan dua pengacara hebat, Nana Mahazan dan Syuk Sahar diringi Sarancak di belakang tabir.

Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa juri. Mentor musim ketujuh kali ini mengetengahkan dua orang juri yang hebat, Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia dan seorang juri misteri yang bakal di reveal pada konsert sulung nanti.

Korang semua mesti dah tak sabar nak tengok Mentor 7 ini kan? Mentor akan bersiaran setiap Ahad bermula 28 Oktober selama dua jam bermula 9 malam hingga 11 malam. Episod pertama ini akan menyiarkan sedutan sepanjang sesi uji bakat berlangsung. Konsert mingguan akan bermula pada episod kedua iaitu pada 4 November 2018.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×