Pelakon Zahirah MacWilson berkongsi menu-menu sepanjang tempoh berpantang yang cukup menyelerakan dan lebih menarik, makanan tersebut merupakan hasil air tangan ibunya, Maslinda Yusof.
Artikel Berkaitan: Zainol Macwilson Tak Sabar Nak Jumpa Inara Raisa, Minta Zahirah & Aiman Hati-Hati Dengan ‘Orang Toksik’
Artikel Berkaitan: Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa
Menu berpantang Zahirah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Zahirah bukan sahaja memuji masakan ibunya malah mencadangkan wanita untuk membuat buku resepinya sendiri. Tak dinafikan, dekorasi dan tatarias yang dipersembahkan oleh Maslinda dalam setiap hidangan membuatkan ramai terliur.
Meskipun menu tersebut nampak ‘simple’ tetapi hidangan itu lengkap dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu yang baru bersalin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan keterujaan melihat menu-menu yang cukup menyelerakan itu malah ada di antara mereka akui tidak pernah merasai makanan seenak itu saat berpantang.
Lain betul dengan pantang mak-mak di Malaysia ya. Semua benda tak boleh.
Berbeza betul dengan makanan berpantang kami.
Dia punya menu macam hotel 5 bintang. Saya berpantang makan ikan kering bakar dengan nasi je.
Makanan pantang tu sedap betul.
Kami yang tak berpantang pun dah terliur tengok.
Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.
Zahirah juga telah berpantang di kediaman ibunya di negara terbabit sama seperti kelahiran pertama pada tahun 2020 yang lalu.
Sumber: Instagram Zahirah MacWilson