berita

Menu-Menu Baru Nando’s Ni Memang Semuanya Padu! Rugi Besar Kalau Korang Tak Cuba!

July 22nd, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Sebut je Nando’s, automatik teringat PERi-PERi Chicken yang juicy, enak dan padu tu. Dimakan pulak dengan sos Nando’s PERi-PERi Extra Hot. Perghhh!

Hmm..laparlah pulak. Haa..korang tahu tak, Nando’s sebenarnya ada banyak pilihan makanan tau. Nak ayam? Burger? Pita? Wrap? Semuaaaa ada!

Burger, Pita atau Wrap? Pilih mana yang korang suka..

Nikmati Crispy Cheese Burger terbaru yang mewah dihiasi isi paha ayam, keju rangup, hirisan tomato, daun salad, mayonis dan diapit dua bun gebu. Mmm..dengar pun dah terliur! Korang vegetarian? Jangan risau, sebab korang boleh tukar ayam kepada pattie sayuran.

Nak try burger yang lebih unik, meh cuba Egg and Chutney Burger. Burger yang disuntik dengan elemen Afrika ni pulak akan menggeletek deria rasa korang dengan gabungan telur goreng, lobak merah, timun, jeruk bawang, kepingan keju, chutney aprikot dan pic serta  sedikit mayonis yang creamy. Wow!

Yang lagi best, korang boleh pilih dan padankan dengan citarasa korang sama ada burger, pita ataupun wrap. Menarik kan?

PERi-PERi Cheesy Chips, appetiser wajib!

Untuk penggemar keju, Nando’s ada menu istimewa terbaru untuk korang yang memang boleh membuka selera iaitu PERi-PERi Cheesy Chips!

Bayangkan kentang yang rangup dan panas, dihiasi dengan tomato, jagung dan dibanjiri dengan sos keju unik PERi-PERi. Pergh! Sambil tunggu makanan sampai tu, apa kata order ni dulu. Boleh share ramai-ramai!

Segarnya dengan Mango Fresca!

Bukan makanan je tau, tapi Nando’s pun ada minuman terbaru iaitu Mango Fresca yang memang menyegarkan! Air bergas dengan rasa buah mangga berserta pudina memang akan memberikan kesegaran dan kepuasan!

So, lepas ni korang ada banyak lagi pilihan untuk order dan nikmati bersama yang tersayang.

Apa lagi, jomlah serbu Nando’s sekarang untuk rasai keenakan menu terbaru Nando’s dan #CubaStyleBaru yang gerenti akan buatkan korang puas hati!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram Nando’s.

SKIP THIS AD ×