berita

Menunggu 7 Tahun Untuk Anak Kedua, Namun Akhirnya…

July 24th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan kecuaian dan penderaan berlaku yang melibatkan bayi dan pengasuh. Malah, paling menyedihkan baru-baru ini apabila bayi diperlakukan kejam oleh pengasuh sendiri.

Terbaru, lagi kes bayi meninggal dunia apabila dikatakan tersedak susu di rumah pengasuh. Bayangkan 7 tahun menunggu untuk mendapat cahaya mata kedua, namun ini pula yang berlaku. Sebak!

Menanti 7 tahun selepas anak pertama

Walaupun masih terkejut, saya redha dengan pemergiannya (anak), kami menantinya kira-kira tujuh tahun selepas anak pertama, tetapi hari ini saya dan isteri berdepan tragedi ini

Menerusi Berita Harian, bayi yang baru berusia empat bulan menemui ajal dipercayai akibat tersedak susu di sebuah Taman Asuhan kanak-Kanak, Bukit Baru. Bapa bayi berkenaan, Zainal Abidin Deraman berkata ketika dihantar ke taska itu kira-kira jam 7.30 pagi, anak bongsunya itu berada dalam keadaan sihat.

Tak sangka kejadian itu berlaku

Selepas kembali bertugas, anak dijaga selama dua minggu oleh ibu mentua dan pada minggu lalu, baru kami menghantarnya ke taska. Tidak sangka kejadian ini akan terjadi kepada saya.

Beliau difahamkan, kejadian itu hanya disedari guru taska terbabit kira-kira jam 11.45 pagi tadi selepas mendapati muka bayi biru. Anaknya baru dihantar ke pusat asuhan berkenaan sejak Isnin lalu selepas isterinya kembali bertugas sebagai guru selepas habis berpantang.Jenazah anaknya itu dijangka akan dikebumikan di Kelantan selepas selesai proses bedah siasat.

Bayi tidak sedarkan diri

Laporan itu menyatakan pihak hospital menerima seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 12.05 tengah hari. Selepas memberikan rawatan menyelamat kira-kira 30 minit, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah hari.

Difahamkan, bayi itu diberi minum susu yang dibekalkan ibunya jam 8.50 pagi dan pihak taska mendakwa bayi berkenaan sudah sendawa sebelum tidur. Bagaimanapun, kira-kira jam 11.45 pagi pengasuh memeriksa bayi itu dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke hospital.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×