berita

Menurut Kaji Selidik Ini, Graduan India & Melayu Paling Susah Nak Dapat Kerja

March 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Peluang dalam pasaran kerjaya kini semakin sengit kerana wujudnya diskriminasi terhadap tenaga kerja yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan majikan di negara ini. Rata-rata majikan mempunyai agenda dan sebab tersendiri ketika melakukan pemilihan kakitangan mereka.

Menerusi Twitter Centre for Governance and Political Studies, satu kajian mengenai kecenderungan perkauman di sektor swasta telah dikongsikan. Kajian yang dijalankan oleh dua orang ahli akademik iaitu Dr Muhammad Abdul Khalid dan Hwok-Aun Lee itu menunjukkan wujudnya diskriminasi dalam tenaga kerja di negara ini. 

Setiap pekerjaan, kami menghantar 7 orang calon

Satu kajian telah dijalankan, apabila tujuh calon dihantar untuk menghadiri sebuah temuduga. Kesemua mereka mempunyai persamaan iaitu mempunyai pengalaman yang sama serta fasih bertutur dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, English dan Mandarin.

Rupa sama, solekan berbeza

Dalam kajian tersebut juga, gambar yang disertakan dalam resume adalah sama, cuma dibezakan dengan solekan sahaja. Secara nyata, perbezaan hanyalah pada nama dan warna kulit.

Hasil kajian

Hasil kajian mendapati, graduan cina lebih banyak mendapat tawaran berbanding kaum Melayu dan India. Purata menghantar resume dalam kalangan graduan Melayu dan India lebih tinggi bagi mendapatkan satu panggilan temuduga.

Perbezaan ketara walaupun resume setaraf

Berdasarkan kajian tersebut, ternyata diskriminasi dalam tenaga kerja masih wujud dalam kalangan majikan di negara ini.

Sumber: Centre for Governance and Political Studies

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×