Tidak dinafikan membeli rumah di usia muda sangat digalakkan kerana nilai rumah yang semakin meningkat. Namun ramai tidak tahu hakikat sebenar risiko yang perlu ditanggung pembeli. Tidak semua orang bernasib baik dalam membuat pelaburan hartanah.
Seperti dikongsikan individu ini di twitter apabila dia menyesal membeli rumah atas beberapa faktor. Menurutnya, banyak kos yang tersembunyi disebalik pinjaman perumahan yang ramai tak tahu.
Kesalahan besar dalam kewangan
Lelaki ini kongsi beberapa info penting mengenai pinjaman perumahan yang mungkin ramai tak tahu. Dia turut akui tindakan dia membeli rumah untuk pelaburan adalah satu kesalahan besar dimana dia tidak mengkaji terlebih dahulu.
Terikut bila disogok orang suruh beli rumah
Saya rancang untuk buat pelaburan dimana selepas setahun saya rasakan langkah yang saya ambil adalah salah. Sebenarnya ada banyak cara pelaburan, dan pelaburan ini tidak sesuai untuk saya.
Menurutnya dia tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum membeli rumah. Baginya keputusan itu adalah kerana terikut rakan-rakan yang ketika itu membeli rumah. Namun selepas itu dia merasakan kerugian yang besar.
Banyak kos kena tanggung yang tak pernah orang cakap
Tambahan, terdapat banyak kos tersembunyi yang tidak diketahui. Contohnya selepas setahun, dia menerima surat perpindahan dan caj yang berjumlah RM12k.
Tak termasuk karenah penyewa lagi
Selain itu adalah masalah lokasi rumah yang dibeli. Perkara ini sangat penting kerana faktor untuk memberi sewa rumah atau menjual balik.
Apa yang pentingkan tingkatkan pendapatan
Akhir sekali, lelaki ini memberi nasihat buat mereka yang merancang untuk membeli rumah agar berfikir dan mengkaji terlebih dahulu. Jangan terlalu ikutkan ejen rumah tanpa fikir kemampuan sendiri.
Untuk yang masih bujang atau baru bekerja, jangan terlalu fikir untuk mencari rumah melainkan untuk didiami. Apa yang penting adalah cara tingkatkan pendapatan.
Sumber : Fabulist Jiwa