Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59, OHBULAN! dengan kerjasama 11street membawakan kepada anda sebuah video menarik berjudul “Ini adalah sebab kenapa kami bangga menjadi rakyat Malaysia”.
Siapakah dua individu yang kami temubual? Jom baca sedikit info mengenai mereka di bawah:
Chef Sherson Lian, si tukang masak versatile!
Siapa tak kenal dengan chef terkemuka ni kan? Bukan sahaja popular dalam Malaysia, malah penampilannya tidak asing lagi di beberapa program Asian Food Channel termasuklah The Amazing Food Challenge: Fun In The Philippines.
Selain terkenal dengan ketangkasannya menyediakan menu yang lazat, beliau juga jenis ringan mulut apabila suka bercerita dan juga berjenaka semasa memasak.
Oh ya, dalam video temubual kami, Chef Sherson berkongsi kisah beliau yang amat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berkebolehan menyediakan pelbagai jenis juadah lazat daripada kaum berlainan. Eh, chef masak apa tu agaknya ya?
Michelle Jueney, gadis Cina yang pro menari tarian klasik India
Mula diberi pendedahan oleh keluarga sejak kecil, Michelle Jueney tidak ragu-ragu untuk menceburi bidang tarian klasik India. Bagi beliau, tiada perkara yang tidak mampu dilakukan jika ianya diiringi dengan minat dan usaha yang berpanjangan.
Michelle kini bukan sahaja mahir menari tarian klasik India, malahan sudah membawa tarian tersebut ke arena antarabangsa! Dalam video ini, Michelle meluahkan rasa bangganya apabila berjaya membawa nama Malaysia dan budaya tarian klasik India ke seluruh dunia.
Menarikkan? Jom tengok video temubual ppenuh Sherson Lian dan Michelle Jueney di bawah ini!
Apa pula kisah menarik anda sebagai seorang rakyat Malaysia?
Kami tahu korang juga mesti mempunyai kisah yang membuatkan anda berbangga menjadi anak Malaysia, samada tentang diri anda sendiri ataupun seseorang yang anda kenal.
Apakata korang kongsi kisah inspirasi tu dan 11street berbesar hati untuk belanja korang Merdeka Shopping Treat bernilai RM110 (dalam bentuk kredit beli-belah 11street). Fuh banyak tu, dan 11 kisah akan terpilih! Caranya mudah sahaja, ikut je 2 langkah di bawah ni:
1. Kongsi kisah inspirasi anda yang bertemakan “Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia” di Instagram menerusi rakaman video atau foto bersama kapsyen. Jangan lupa hashtag #11streetMYstories dan tag @11streetmy ya!
2.Pastikan Instagram anda di’set’kan sebagai ‘public’ tau!
Mudahkan? Oh ya, peraduan ini dibuka sehingga Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2016 dan pengumuman 11 kisah inspirasi “Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia” terbaik akan dibuat pada 21 September 2016.
Jadi, apa lagi… Jom kongsi kisah inspirasi anda yang bertemakan “Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia” dan menang 11street Merdeka Shopping Treat! Kalau nak usha apa yang korang boleh beli, layari laman web www.11street.my.
Eh, sebelum tu, team OHBULAN! dan 11street mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59 dan juga Selamat Hari Malaysia kepada semua!