Kegembiraan empat sahabat tertukar tragedi apabila tiga daripada mereka meninggal dunia sementara seorang masih kritikal dipercayai lemas terhidu karbon monoksida.
Artikel berkaitan: Enjin & Aircond Dihidupkan, Dua Wanita Meninggal Dunia Akibat Lemas Di Dalam Kereta
Memetik laporan Berita Harian, ibu saudara kepada salah seorang mangsa berkata, Nor Aqilah yang memandu kenderaan mengadu sakit kepala menyebabkan mereka berhenti di stesen minyak untuk berehat dan membeli makanan.
‘Satu-satunya anak kepada kakak’ – ibu saudara
Tambahnya lagi, dia mendapat maklumat tersebut daripada bapa seorang mangsa yang keluar mencari anaknya itu dan menerima mesej pemandu kereta berkenaan sakit kepala dan berhenti rehat.
Mereka berempat memang berkawan baik dan merancang ke Pulau Jerejak untuk menghabiskan cuti umum, namun tidak sangka perkara seperti ini berlaku.
Ujarnya lagi, ibu kepada Sharifah Fariesha ada menghubunginya memberitahu anak tidak pulang dan tidak menjawab panggilan atau mesej.
Selepas itu, ibunya menghubungi pula tunang anaknya dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa Sharifah Fariesha ditemui tidak sedarkan diri bersama tiga rakannya yang keempat-empat mereka dibawa ke hospital.
Apabila saya sampai ke hospital, dimaklumkan anak saudara meninggal dunia, ia amat mengejutkan apatah lagi dia adalah satu-satunya anak kepada kakak saya.
Kembar tak pernah berpisah dari kecil
Foto: Harian Metro
Sementara itu, Harian Metro melaporkan, bapa kepada pasangan kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah mengetahui kejadian menimpa mereka pada 1 pagi setelah dihubungi keluarga rakan anak. Selepas itu, dia segera bergegas ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Beberapa kali saya cuba hubungi pasangan kembar itu tetapi tak dapat mungkin bateri habis, ketika itu saya tak sedap hati sebab sudah lewat malam.
Saya nak cari mereka di mana sebab saya tak tahu lokasi mereka berada ketika itu, saya cuba menghubungi telefon bimbit dua rakan mereka itu tetapi tak dapat juga.
Kata Mohd Safwan Yaacob lagi, anak sulungnya, Nor Adilah disahkan meninggal dunia manakala kembarnya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, pasangan kembar itu sememangnya rapat daripada kecil dan tidak pernah berpisah. Mereka juga sering berdua apabila pergi bercuti. Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga redha dengan ketentuan dan berharap anak keduanya lekas sembuh.
Sumber : Harian Metro , Berita Harian