Pelakon Shaza Bae mengakui dia menerima banyak kiriman mesej daripada peminat di media sosial berikutan memegang watak sebagai Sam dalam drama ‘Aku Bukan Ustazah’ yang ditayangkan di TV3, sekarang ini.
Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Gigil Berlakon Babak Di Kelab Malam – ‘Habis Babak Itu, Saya Terus Pergi Ke Tandas’
Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim Dedah Terima Banyak Ugutan Gara-Gara Watak Doktor Omar, Siap Nak Hantar Santau?
Sekadar bagi ‘like’
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Shaza berkata, ramai yang memuji lakonannya kerana berjaya membawa watak Sam dengan baik. Namun, ada juga yang bercakap tentang perwatakannya seperti tomboi dalam drama tersebut.
Menurut Shaza, dia terkejut apabila kebanyakan yang memberi mesej pujian itu datangnya daripada golongan wanita.
Tambah Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Muhamad Zamri, dia menganggap mesej tersebut sekadar pujian daripada penonton. Oleh sebab itu, dia membalas penghargaan tersebut dengan cara yang baik.
Awak yang hantar DM (direct messege) beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita. Kebanyakan yang hantar mesej ini adalah wanita bertudung. Tak kurang juga ada yang cakap ‘cair’ melihat watak Sam.
Jika sempat saya akan balas dah beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kecewa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza dengan watak tersebut.
Ada juga yang mesej diterima, saya sekadar bagi ‘like’ sahaja kerana tak mendorong mereka ini ke arah perkara tidak elok.
Berbicara lebih lanjut, Shaza mengakui dia mempunyai cara tersendiri supaya tidak terbawa-bawa watak tomboi dalam kehidupan harian.
Pada masa yang sama, dia turut mengingatkan dirinya bukan peminat kaum sejenis dan meminta mereka tidak terlibat dengan hubungan berkenaan.
Saya ada ‘pintu’ masuk dan keluar supaya tidak terbawa-bawa watak tersebut. Bila di set saya menjadi Sam dan selepas itu saya hanya jadi diri saya sendiri.
Saya gembira kerana diberi satu watak yang berbeza. Saya tidak mengikuti mana-mana kelas lakonan dan mendalami watak tersebut dengan hanya membaca skrip.