berita

‘Mereka Cakap Saya Tak Sakit’ – Elyana Kecewa Ada Pihak Dakwa Tipu Sakit Kanser

June 2nd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon terkenal, Elyana yang membuat pendedahan gempar pada 2017 mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya, meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dia menipu mengenai kanser yang pernah dialaminya itu.

Rakan baik sendiri tuduh menipu

Foto: Instagram @elyanaofficial1

Memetik laporan Utusan Malaysia, Elyana mendedahkan ada dalam kalangan rakan-rakan karibnya sendiri yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu. Namun, dia tidak mengambil pusing dan menganggap mereka hanya tidak memahami penderitaan yang dia alami.

Pada awalnya saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun. Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu. Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar.

Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu ‘struggle’ saya macam mana.

Elyana memberitahu, dia telah pun memaafkan semua pihak terutama warganet yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya, sebelum ini.

Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan.

‘Tak mungkin tipu sakit, itu semua doa’

Foto: Instagram @elyanaofficial1

Dalam pada itu, Elyana juga sempat menitip pesan agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.

Bagi saya, saya tidak akan menipu mengenai sakit. Tidak mungkin, kerana setiap kata itu adalah doa.

Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran.

Disember lalu, Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Sumber: Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×