berita

‘Mereka Hantar Jalan Kaki’ – Ebit Lew Hadiahkan Basikal Lipat & Duit Belanja Buat Penghantar Makanan

December 4th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Ustaz Ebit Lew merupakan pendakwah yang terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan disenangi ramai dek kerana kerja-kerja kebajikan yang sering dilakukannya. Banyak bantuan yang sudah diberi oleh insan mulia ini, baru-baru ini beliau sumbang 200kg daging segar kepada Zoo Negara.

Hari ini, beliau mencuri tumpuan orang ramai sekali lagi dengan membantu meringankan beban 5 penghantar makanan dengan menghadiahkan mereka basikal lipat. 

Bermandi peluh untuk menghantar makanan

Foto: Ebit Lew

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook, beliau memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penghantar makanan tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.

Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer.

Menurutnya, penghantar-penghantar makanan tersebut tiada lesen dan belum mampu untuk membeli motor atau basikal. Demi mencari rezeki untuk membantu keluarga, mereka sanggup berjalan kaki di bawah panas terik matahari untuk menghantar makanan sehingga bermandi dengan peluh. 

Rajin cari rezeki untuk keluarga

Foto: Ebit Lew

Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri.

Ustaz Ebit Lew juga turut sebak kerana kesian akan nasib mereka dan terharu melihat kerajinan anak-anak muda ini. Mereka bertekad kerja untuk membantu sara hidup keluarga, lebih-lebih lagi pada waktu sukar pandemik Covid-19 ini. 

Selain menghadiahkan basikal lipat, beliau turut memberi sedikit duit belanja buat lima orang penghantar makanan tersebut.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×