Umum mengetahui bahawa pelakon Zarina Zainuddin, seorang ibu yang kental dan tabah apabila berjaya menjaga dua orang anak austimenya iaitu Azal dan Azil. Dia juga sering kongsi foto dan video aktiviti harian bersama anak-anaknya di media sosial.
Terbaru, pelakon itu kongsi foto dan video anak rakannya iaitu Adam, yang merupakan anak austime juga. Video tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen apabila Adam berjaya memujuk Azil yang sedang mengamuk sewaktu mereka mengunjungi rumah pelakon itu.
Seakan ada kuasa magic
https://www.instagram.com/p/By7rhVnANtA/
Menerusi Instagram Zarina, dia memberitahu bahawa seakan ada kuasa magic yang berlaku jika Adam bertemu dengan anaknya Azil. Mereka seolah-olah mempunyai gerakan hati tersendiri jika berjumpa antara satu sama lain walaupun ada waktunya Azil akan mengamuk kerana menganggap tiada orang akan memberi perhatian kepada dirinya.
Tambahnya, sewaktu kunjungan Adam dan keluarganya di rumah mereka, Azil mengamuk sebanyak dua kali. Namun, apabila Adam datang padanya dan seolah-olah memberitahu jangan bersedih dan jangan mencederakan diri, Azil seakan memahami pujukan dan perbicaraan Adam.
It’s like he understood Azil struggles
https://www.instagram.com/p/By76jdgjB8V/
Menerusi Instagram Iman Wan, iaitu ayah kepada Adam, dia berkongsi satu video rakaman mengenai situasi anaknya dan Azil ketika mereka berdua berjumpa. Menerusi video yang berdurasi 8:59, telatah Adam memujuk Azil berjaya dilihat oleh netizen walaupun pada awalnya Adam kelihatan terkejut melihat Azil mengamuk.
Keluarga Adam turut berasa bangga dengan dirinya kerana mempunyai perasaan kasihan dan simpati terhadap golongan yang senasib dengan dirinya. Menurut keluarganya, sikap yang ditunjukkan Adam telah membuktkan bahawa penghidap autisme juga mempunyai perasaan yang sama seperti manusia lain. Cuma kesabaran sahaja yang diperlukan bagi mereka yang mempunyai anak sebegini.
Sumber: Zarina Zainuddin & Iman Wan