Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang dakwaan rumahtangga Pencetus Ummah (PU) Abu dan Hana Azraa yang dikatakan diambang penceraian. Hana juga turut memberitahu bahawa dia dan suaminya itu telah membawa haluan masing-masing dan dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung. Namun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut.
Terbaru, sekali lagi isu rumahtangga mereka mendapat perhatian apabila Hana Azraa mengemaskini bio Instagram dengan meletakkan status ‘Single Mommy’ serta memuat naik gambar yang tidak berpurdah.
‘Mereka kata saya tak layak pakai purdah’
Menerusi mStar, rata-rata netizen mempertikaikan tentang penampilan terbaru Hana Azraa dan menganggap dia hanya berpura-pura memakai purdah sebelum ini.
Sebenarnya saya rasa terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.
Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi saya betul-betulikhlas memakainya.
Tambahnya lagi, salah satu punca dia membuat keputusan membuka purdah adalah kerana tidak tahan dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepadanya,
‘Saya harap semua orang boleh doakan saya’
Hana juga mengakui bahawa dirinya itu masih dalam proses belajar dan masih lemah dalam bab-bab ini.
Dia turut memaklumkan bahawa dia menerima banyak komen daripada netizen termasuk melalui DM (Direct Message) yang rata-rata menegur akan tindakan itu dan ada juga yang mendoakan serta menasihatinya.
Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan istiqamah dalam menjadi diri serta penampilan.
Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas saya terima. Baik dan buruk.
Sumber: mStar