Foto: India Today
Seorang pelajar kelas 3 didakwa dipukul dengan kayu api dan dikurung dalam sebuah bilik asrama selama tiga hari selepas didakwa mencuri sebatang pen.
Artikel Berkaitan: Gyuri Didakwa Menjadi Mangsa Keganasan Kekasih, Agensi Tampil Bersuara
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan Dirogol Abang Ipar Lepas Balik Sekolah, Dibayar RM5 Supaya ‘Kunci Mulut’
Dipukul sebab dituduh curi pen
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan India Today, terdapat kesan lebam pada tubuh badan mangsa, Tarun Kumar dipercayai akibat dipukul dan diseksa oleh penjaga asrama dan pembantunya.
Dua budak lelaki dan seorang guru memukul saya. Mereka pukul saya dengan kayu api, dan apabila ia pecah, mereka menggunakan alat lain. Mereka juga menyebabkan luka pada badan saya.
Bukan itu sahaja, mangsa mendakwa dia telah dibawa dan dipaksa meminta sedekah di sebuah stesen kereta api di India.
Sementara itu, ibu bapa mangsa menafikan dakwaan Tarun telah mencuri pen terbabit sebaliknya menjelaskan bahawa anak lelakinya itu hanya meminjam pen tersebut.
Dia hanya mengambil sebatang pen yang jatuh dan meletakkannya di tempat lain.
Seorang rakannya memberikan sebatang pen guru kepada anak saya pada Sabtu kerana dia tidak mempunyai pen.
Ketika (mereka) mencari pen pada Ahad, guru menemuinya bersama anak saya, dan kejadian ini berlaku.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit telah diselamatkan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital susulan daripada kecederaan yang dialami.
Sumber: India Today, Times Now News