berita

‘Mereka Punya Masalah Mental’ – Presiden Kelab Kucing Malaysia Gesa Pihak Berkuasa Kenakan Hukuman

September 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular video rakaman CCTV menunjukkan dua orang lelaki memasukkan seekor kucing betina bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tergamak ‘Basuh’ Kucing Bunting!

Tampil dengan rasa belas kasihan, Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid meminta agar dua lelaki terbabit dikenakan hukuman undang-undang.

Now or never

Menerusi temubual mStar, Khalid Rashid atau lebih dikenali sebagai Pak Khalid menggesa Veterinar Malaysia mengenakan hukuman denda atau penjara terhadap dua lelaki terbabit.

Ini adalah masanya. Now or never.

Saya geram, marah, dengan pelaku yang membuatkan mendera kucing mengandung itu sehingga mati.

Apa salah kucing itu?

Jalankan hukuman yang lebih tegas

Beliau turut mahu pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih tegas terhadap dua lelaki tersebut.

Tangkap, bicara dan jalankan hukuman. Sekarang ini denda sehingga mencecah RM100,000 atau kalau tak mampu banyar sumbat sahaja dalam penjara.

Dan bukan dikenakan denda yang minimum. Biar hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

Saya juga mahu cadangkan mereka ini dikenakan hukuman dengan menjalani khidmat sosial.

Hantar mereka kerja di pusat jagaan haiwan, biar mereka tahu sedikit macam mana nak jaga haiwan.

Saya pun bukan suruh mereka sayang atau jaga kucing atau haiwan lain, tetapi jangan kejam macam tu.

Ada masalah mental

Tambah Pak Khalid, mereka yang menyeksa haiwan boleh dikatakan mempunyai masalah mental.

Saya boleh katakan mereka ini mempunyai masalah mental.

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×