berita

‘Mereka Rogol Saya Secara Bergilir-Gilir Selama 8 Hari..’ – Diheret Masuk Kereta, Gadis Kongsi Pengalaman ‘Hitam’

February 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang gadis berusia 13 tahun dipercayai telah diculik dan menjadi mangsa rogol tiga lelaki yang tidak dikenalinya. Difahamkan mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir selama lapan hari.

Cerita pengalaman hitam

Foto: The Week

Memetik laporan The Sun, mangsa yang berusia 13 tahun itu berasal dari India telah mendakwa menjadi mangsa serangan seksual tiga lelaki. Menurut gadis ini yang masih dirawat di hospital, pengalaman hitam tersebut berlaku pada 15 Januari lalu ketika dia sedang berjalan-jalan.

Namun, dia mendakwa secara tiba-tiba telah diserang oleh suspek dan mereka mengheretnya masuk ke dalam sebuah kenderaan. Tambahnya lagi, dia kemudian telah dikurung selama lapan hari.

Mereka rogol saya secara bergilir-gilir selama lapan hari. Mereka mengugut akan melakukan sesuatu perkara yang lebih buruk jika saya menceritakan hal ini kepada orang lain.

 Polis masih jalankan siasatan

Foto: The Jakarta Post

Gadis ini akhirnya berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya. Mereka kemudian membawa gadis ini ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Malah, laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini. Berikutan daripada itu, seramai tiga orang suspek telah didakwa atas pertuduhan menculik.

Walaupun begitu, ahli keluarga mangsa seakan tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut kerana sudah jelas menunjukkan bahawa suspek telah menculik dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa. Oleh itu, mereka mahu pihak polis menjalankan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan tersebut.

Menurut Inspektor Rishi Kumar mengakui aduan berhubung serangan seksual masih belum dimasukkan ke dalam laporan pertama dibuat oleh mangsa.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×