Bekas pengurus IAmNeeta iaitu Intan Liyana Zulkepli memberitahu dia sangat terkejut apabila band tersebut mengeluarkan kenyataan di Instagram, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘IAmNeeta Sudah Tiada Kaitan Dengan NAR Records & Bekas Pengurus’
Terkejut bila baca
Menerusi laporan Harian Metro, Intan atau lebih mesra disapa sebagai Becky berkata, kenyataan IAmNeeta itu akan memberi kesan buruk kepada nama baiknya.
Saya sendiri pun terkejut bila baca kenyataan itu. Bila keluar kenyataan begitu, orang akan salah faham dan beri kesan buruk kepada nama dan reputasi saya. Anak saya yang berusia tujuh tahun masuk hospital pada September selepas disahkan berkemungkinan menghidap kanser limfoma.
Bila orang hubungi dan bertanya mengenai IAmNeeta, saya maklumkan, kalau ada apa-apa, boleh hubungi Patrick. Ada tarikh yang saya tahu mereka dah ada acara, saya maklumkan bahawa jadual mereka sudah ada acara dan kalau ada apa-apa, boleh hubungi mereka sendiri.
Tambah Becky, dia juga sudah tidak bersama syarikat rakaman NAR Records.
Mungkin silap saya adalah, saya tak tulis benda itu dalam bentuk kiriman mesej dan hanya melalui perbualan telefon. Mungkin orang gunakan benda ini dan timbulkan salah faham itu. Mereka (IAmNeeta) pun tak ada menghubungi saya sebelum kenyataan itu dikeluarkan. Saya pun dah tak bersama NAR sejak Ogos 2024 dan kali terakhir saya menguruskan mereka adalah pada Jun 2024.
Di Instagram mereka pun sudah tidak ada lagi nombor telefon saya sebagai pengurus. Tapi, orang yang ingin menempah mereka untuk persembahan dan sebagainya masih menghubungi saya. Sebab itulah saya jelaskan bahawa sekiranya ada apa-apa, boleh hubungi Patrick terus sebab saya dah tak uruskan mereka.
Terdahulu, IAmNeeta mengeluarkan kenyataan dan mendakwa Becky melakukan tindakan yang menimbulkan salah faham membabitkan beberapa pihak.
Sumber: Harian Metro