berita

Mereka Tak Minta Jadi Pelarian – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Anak Pelarian Syria Dimaki Di Majlis Berbuka Puasa

June 21st, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

anak syria header

Dilaporkan sejak beberapa tahun lepas, berjuta-juta pelarian Syria telah melarikan diri ke negara jiran untuk menyelamatkan diri dari peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Malaysia turut menerima migran Syria ini untuk meringankan beban.

Kisah yang dikongsi gadis ini buat kami terkelu seketika, katanya anak-anak Syria ditengking dan dikeji ahli jemaah hanya kerana sikap kebudakan mereka yang membuat bising di dalam masjid. Haih memang tak patut.

Setan syria-syria ni, seorang pakcik menjerit kepada anak-anak syria di majlis buka puasa

Pada Jumaat malam Sabtu lepas, kami ada buat majlis berbuka puasa dan agihan food pack kepada pelarian Syria di salah sebuah masjid area Selangor.

Biasa lah, orang arab ni style dia lain sikit. Mereka pulak bukan tahu pun adat-adat MELAYU kat sini. Ada yang baru sampai di Malaysia dan ada yg jarang keluar dari rumah. Jadi, ada perkara-perkara yang mereka tak biasa lagi. Anak-anak arab??? Sedangkan anak-anak melayu pun boleh tahan lasaknya. Haaa anak arab ni lagi lah. Tambah pulak mereka dapat jumpa dengan kwn-kawan sebangsa. Memang riuh sekampung lah. Berlari sana-sini. Budaya mereka tu tak hilang lagi. Lagipun masjid kat arab memang mesra kanak-kanak. Tengoklah kat masjidil haram macam mana.

Berlakulah beberapa incident yang mana semuanya di depan saya sendiri..

*Setannnn syria-syria ni. Jerit seorang pakcik ahli jemaah di depan saya.

*Ni diorang ni syiah lah nii. Kalau perangai dah macam ni memang syiah lah ni.

*Ada seorang makcik, dia tolaknya kepala budak-budak syria ni. Lepas tu saya pun tegurlah dengan baik. Saya pulak dimarahnya. Bayangkan dalam masjid dia tengking-tengking depan jemaah lain. Sedih sangat. Tapi sy bukan sedih sebab kena marah. Sedih tengok makcik tu buat anak2 syria begituu. Sedih sangat. Ya Allah…

Masjid bukan untuk orang tua dan juga bukan hak melayu. Tapi masjid untuk semua!

Pakcik, makcik ingat mereka nak ke duduk kat Malaysia ni??? Mereka tak minta untuk jadi pelarian taw. Tidak. Di negara mereka lagi mewah. Kerja senang. Tak ada cukai. Tak ada tol. Kos hidup rendah. Harga barang-barang murah semuanya. Tapi disebabkan perang mereka terpaksa cari tempat untuk selamatkan diri. Terpaksa.

Memang tak dinafikan arab ni kasar, perangainya memang lain sikit. Ikut kepala mereka. Kami pon memang pening nak uruskan hal-hal mereka. Tapi untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan menuduh yang bukan-bukan tambah pula dalam masjid, depan jemaah lain. Saya rasa itu adalah tidak baik.

Entahlah, rasa sedih sangat-sangat bila tengok keadaan mcm ni. Bila fikir balik. Kita sibuk nak dakwah non muslim, dakwah sana sini. Rupanya ada juga yang perlu nak di dakwah dlm masjid tu. Yang dikhuatiri orang akan jadi takut untuk datang ke masjid.

Masjid bukan untuk orang tua dan juga bukan hak melayu. Tapi masjid untuk semua!!!

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami di atas kelalaian tanggungjawab ini. Ampunkan kami kerana tak buat kerja dakwah sungguh-sungguh. Kami lemah, kami leka. Kami tidak menjaga saudara kami dengan baik. Kami lemah Ya Allah. Law Kanna Bainana. Kalau lah Rasulullah S.A.W masih ada mesti beliau merasa sedih.

#TheJourneyofAtikaShafinaz

sumber: Nzz Inaz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×