berita

‘Mereka Terlalu Menghina Kita’- Luahan Doktor Yang Dicaci, Dimaki & Dihina Pesakit Setiap Hari

February 23rd, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

doktor

(sekadar gambar hiasan)

Seringkali kita mendengar rungutan para pesakit apabila menerima rawatan yang dianggap kurang memuaskan hati oleh doktor lebih-lebih lagi di hospital kerajaan.

Namun, pernahkah kita berfikir sejenak apa perasaan doktor-doktor tersebut yang saban hari terpaksa melayan caci maki dan hinaan pesakit. Malah,kadang-kala waris pun turut sama menghamburkan kata-kata kurang enak kepada mereka.

MEREKA TERLALU MENGHINA KITA

Screen Shot 2016-02-23 at 11.59.51 AM

(sekadar gambar hiasan)

Malam tadi saya dengan seorang doktor perempuan bertugas di bahagian Zon Semi Kritikal atau Yellow Zone bahagian Trauma. alhamdulillah, patient tak ramai dan patient yang datang tak perlu menunggu lama seperti biasa untuk di ‘clerk’.

jadi, kami berdua membantu doktor di bahagian depan Yellow Zone yang dipanggil Yellow Box. Di mana, Yellow Box ini lah yang membahagikan patient akan masuk Yellow Zone Acute, Medical, Trauma,Surgical atau Psychiatric . (Dunia Yellow Zone hospital kami sangat luas!)

Doktor perempuan tersebut, Dr.A walaupun tengah sarat mengandung, beliau tetap gagahkan diri membantu rakan setugas, semangat dia kuat sampaikan saya terpaksa menahannya dan mempelawa diri membantu. tapi, Allah menguji.

Oii! lama lagi ke nak tengok saya ni?

Screen Shot 2016-02-23 at 12.01.03 PM

(sekadar gambar hiasan)

“Oii, lama ke nak tengok saya ni?doktor mana doktor? saya ni orang tua lebih dari kamu! apa guna belajar menjadi doktor! mana ketua kamu?saya nak lapor macam mana kamu buat kerja! saya ni sesak nafas!..”
satu zon kecemasan suara pesakit tersebut bergema. tercengang para pesakit dan waris yang berada di situ. tapi kami staff bagaikan sudah lali dengan maki hamun tersebut.kami sedang bekerja, bukan nya sedang lepak sambil menonton movie. tak terhenti dengan seorang pesakit tersebut, di sambung balik dengan pesakit-pesakit lain.
“..sakitlah! bagilah ubat!..”
“..misi! bagilah ubat, cucuk ke! memekak je..saya yang tak sakit jadi sakit..ishhhh!
ditambah lagi dengan muka annoying waris, pesakit, bila kami mohon tak memenuhi ruang kecemasan. yelah, seorang yang sakit, sekampung menemani. masuk waktu Subuh kami naik ke surau. saya lihat Dr.A duduk merenung karpet surau.

Saya rasa nak berhenti jadi doktor!

Screen Shot 2016-02-23 at 12.02.40 PM

(sekadar gambar hiasan)

“..Doktor ok ke tak ni?..”
“..saya tak fahamlah, patient semua nak marah saya!..”
“..biasalah doktor..kita nih memang selalu kena marah..”
“..tapi hari nih semua marah, kalau ikutkan saya boleh je duk rilex, bukan patient saya. tapi saya dah tolong mereka, tapi mereka marah saya. saya ni doktor.. saya rasa nak berhenti jadi doktor!..” suaranya berubah. air mata mengalir laju bagaikan tidak mahu berhenti. teresak-esak.
“..doktor, jangan macam ni. bukan tak biasakan kena marah. hari nih kebetulan mood tak baik, itu yang cepat terasa. janganlah nangis..” saya memegang bahu menenangkan Dr.A. sungguh, hati terguris melihat ibu muda ini menangis.
“..Mereka terlalu menghina kita..”
“dahlar, jangan macam ni..jom solat er..”
ketika mengambil wuduk, dia masih dalam tangisan. sungguh, dia terluka yang amat.

Caci maki hinaan jadi makanan kami semua..

Caci maki hinaan memang menjadi makanan kami semua. orang sibuk menviralkan betapa teruknya hospital kerajaan. ya, masyarakat terluka. terluka kerana lambat memberi rawatan, menunggu berjam-jam untuk naik ke wad, terpaksa berdiri lama , baring di canvas, sakit dicucuk. tapi pernahkan kita terfikir, yang merawat kita ini juga adalah masyarakat yang mempunyai dua tangan dan dua kaki dan hati seperti kita. hati yang perlu dijaga.

Sumber: Hanifah Ibrahim

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×