berita

Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk – Norman Hakim

July 19th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setiap ibubapa menginginkan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan dan juga pendidikan. Ibubapa juga merupakan peranan penting dalam membentuk anak-anak dan role model yang boleh menjadi contoh baik.

Ayah mana yang tak bangga bila seorang anak mereka menunjukkan perubahan yang baik terutama dalam bidang agama. Begitulah dengan Norman Hakim yang berbangga dengan perkembangan anak sulungnya iaitu Mohamed Danish Hakim yang manghafaz sebanyak 28 juzuk al-Quran.

Bangga dengan Danish

Norman kagum dengan anak sulungnya yang berumur 14 tahun kerana berjaya menghafaz ayat al-Quran. Dia sendiri akui tidak dapat menghafaz al-Quran sebaik anaknya.

Menurut Norman, dia cuba menguji anaknya sebelum menghadapi peperiksaan di sekolah. Malah, dia terkejut dan kagum dengan kemampuan Danish yang boleh menyambung ayat al-Quran yang dibaca secara rawak.

Bakal menyambung pengajian di Turki

Norman juga memberitahu anak sulungnya itu terpilih untuk melanjutkan pengajian ke Turki pada Oktober depan.

Menurutnya lagi, Danish merupakan 20 orang pelajar dari Malaysia yang terpilih bersama 400 orang pelajar dari seluruh dunia. Dia terpilih kerana mempunyai kelebihan dalam menghafaz al-Quran dan menjadi bench mark kepada mereka sekeluarga.

Sumber : Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×