Muzik telah menjadi sebahagian dalam kehidupan kita. Selain menaikkan semangat, muzik juga dapat menenangkan fikiran. Muzik yang sedap didengar takkan terhasil tanpa gabungan komposer, penulis lirik dan penyanyi yang mantap.
Korang yang sukakan muzik mesti tak nak terlepas untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) pada tahun ni kan? Ia adalah anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi di Malaysia.
Persoalan yang sering bermain di fikiran netizen, siapakah penaja utama AJL 38 tahun ni?
Alha Alfa Kosmetik jadi penaja utama AJL 38!
Peminat kosmetik mesti tak asing lagi dengan jenama Alha Alfa Kosmetik. Bila dengar je, terus terbayang rangkaian produknya yang diyakini dan digemari ramai tu.
Alha Alfa merupakan cetusan gabungan nama pemilik perniagaan Dato Seri Alha atau nama sebenarnya Al Halim dan bapanya Al Fadzil. Perniagaan kosmetiknya dah setaraf antarabangsa sampai rakyat Malaysia bangga!
Jenama kosmetik terkenal ni tampil buat kali kedua secara rasmi bagi meneruskan legasi penajaan anugerah berprestij di saluran TV3. Paling mengujakan, Alha Alfa Kosmetik jadi Penaja Utama bagi program yang dinantikan ramai iaitu AJL 38. Wow!
Penglibatan penajaan Alha Alfa Kosmetik bermula dari saringan muzik-muzik 38 separuh akhir sehingga malam kemuncak AJL 38. Kehadirannya sebagai penaja utama pasti menjadikan AJL 38 kali ni paling ikonik dalam sejarah.
AJL 38 bersama tema Muzikaverse yang cukup ikonik!
Edisi AJL kali ni menampilkan konsep ekstravaganza menerusi tema Muzikaverse yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu muzikal dan ‘universe’. Penyanyi, pencipta lagu dan komposer digabungkan atas pentas. Mesti meriah!
Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai.
Kali ni, malam kemuncak AJL 38 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 3 Mac 2024. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya ya.
Nak tahu tak? Sempena AJL 38 bertemakan Muzikaverse, Alha Alfa Kosmetik akan tampilkan produk terkini mereka. Ini dia!
Set Muzikavers Alha Alfa, set solekan eksklusif & premium yang cukup menarik!
Nak hasil solekan yang sempurna? Wajib jadikan Set Muzikaverse Alha Alfa ni milik korang. Ini la set solekan eksklusif dan premium yang ditawarkan secara istimewa sepanjang AJL 38 di TV3 pada 3 Mac 2024 dengan potongan harga promosi melebih 50% dari harga asal. Fuh!
Set Muzikaverse Alha Alfa didatangkan khas dalam bentuk premium pakej yang berbentuk oval. Bakal dijual dengan harga RM159.90, ia turut didatangkan dengan Serum Foundation Alha Alfa, yang memberi kesamaan tona kulit dan merawat kulit.
Cetusan gabungan Lip Oil dan Lip Booster juga mempunyai keisitimewaan tersendiri apabila ia mengandungi Argan Oil, yang diperkaya oleh Vitamin A & E. Rasai keunikan nyata apabila memegang Egg Brush untuk solekan yang sempurna. Confirm puas hati!
Setiap produk ini boleh dimiliki dalam satu set bekas yang eksklusif dan menarik. Korang boleh buat pembelian dengan mengimbas QR Kod atau di TikTok Shop pada malam kemuncak AJL 38. Siap sedia dengan smartphone korang!
Nak tahu apa yang best lagi? Korang juga berpeluang mengundi kategori Lagu Pilihan pada tarikh tersebut dan bakal memenangi hadiah Istimewa dari Dato Seri Alha Alfa tau. Jangan lepaskan peluang ni!
Kami yakin Alha Alfa Kosmetik akan sentiasa menjadi jenama pilihan solekan utama di setiap hati penonton dan pengguna.
Nak tahu lebih banyak produk kecantikan oleh Alha Alfa Kosmetik? Korang boleh klik SINI.
#alhaalfamuzikaverse
#alhaalfaxajl38