Bagai pinang dibelah dua. Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan pasangan sejoli ini yang telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada bulan lalu.
Dijangka akan menamatkan status bujang pada bulan Oktober depan, pasangan ini nampaknya sangat serasi meskipun hanya mengenali masing-masing dalam tempoh masa yang singkat.
Namun, apa yang lebih sweet, bertempat di The Troika, Farriz Fauzy telah meraikan sambutan ulangtahun ke-20 yang diadakan khusus untuk tunang kesayangannya itu. Serba biru gitu!
Erin Malek dan tunangnya, Farriz Fauzy
Turut dihadiri sahabat rapat, nampaknya sambutan yang diadakan pada 15 Julai itu sememangnya meriah. Malah, wajah Erin dan Farriz semakin berseri-seri, mungkin dek kerana seri bakal pengantin kot!
Apapun, selamat ulangtahun ke-20 buat Erin dan semoga perancangannya dan pasangan untuk menghalalkan hubungan mereka pada tahun ini akan berjalan lancar. Amin.
Kredit foto: Instagram Erin Malek