Perkongsian mesej salah seorang sukarelawan Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Muhammad Hareez Adzrami kepada ibu bapanya sebelum berdepan dengan bot tentera Israel mencuri perhatian.

Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Bingung Tiada Khabar Terkini Daripada Ardell Aryana, Netizen Kongsi Bot Masih Berlayar

Artikel Berkaitan: ‘Tolong Kuatkan Diri, Bertahan Kakak’ – Adik Zizi Kirana

‘Jangan risau’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hareez yang dikenali Haroqs, 25, memuat naik tangkap layar perbualannya bersama ibu bapanya.

Dalam hantaran itu, ibu bapanya menitipkan doa dan pesanan terhadap Haroqs.

Harap semuanya baik-baik saja. Mama sayang adik.

Papa doakan adik selamat di sana. Jaga diri.

Dalam kesempatan itu, Haroqs turut meminta maaf kepada bapanya dan menyatakan perasaan sayang kepada mereka.

Perkongsian itu kemudiannya meruntun hati orang ramai yang rata-ratanya turut mendoakan keselamatan mereka.

Setakat ini, Haroqs memaklumkan di ruangan Threads terdapat beberapa buah kapal telah cuba mendekati kapal yang dinaiki oleh para sukarelawan Malaysia.

Ada kapal mendekati kami sekarang!

Terdahulu, seramai 12 sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel selepas mereka memintas kapal berkenaan.

Sumber: Instagram