berita

Mesra Dalam Panggung Wayang, Sophia Albarakbah Dipeluk Lelaki Berjambang

February 13th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Sophia Albarakbah menjadi sensasi sebelum ini gara-gara didakwa terpalit dengan cinta lokasi dengan aktor Aliff Aziz yang merupakan suami kepada Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Menghormati & Akur Jika ..’ – Aliff Aziz Ikut Cakap Bella Astillah, Takkan Berlakon Lagi Dengan Sophia AlBarakbah

Dipeluk erat

Terbaru, Sophia dilihat memuat naik sekeping foto dipeluk oleh seorang lelaki di Instagram Stories. Bagaimanapun, aktres berumur 30 tahun itu bertindak mengaburkan wajah lelaki yang memeluknya dari belakang.

Difahamkan, foto tersebut dirakam ketika pasangan ini berada dalam sebuah panggung wayang.

Lelaki yang memakai topi serta berjambang itu dipercayai teman lelaki kepada wanita yang berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.

Pelakon filem Miimaland turut meletakkan kapsyen ringkas iaitu, ‘Masa untuk menonton wayang.’

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.

Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×