Kontroversi yang melibatkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah bersama aktres Sophia AlBarakbah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Sophia AlBarakbah Tidak Muncul Di Sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Tak ada berbincang
Ketika ditemui OhBulan, Aliff menyatakan selepas Bella membuat pendedahan tentang isu ‘tersuka’, Sophia sudah tidak lagi menghubungi dirinya.
Kata aktor berumur 31 tahun, ketika di set penggambaran mereka hanya menyelesaikan kerja masing-masing yang masih berbaki selama sebulan.
Saya tidak ada ajak dia berbincang dan dia pun melakukan perkara sama. Kami cuma fokus kepada kerja di set penggambaran. Dan dia juga tidak ada hubungi atau mesej saya lagi.
Ditanya sama ada dia menginginkan aktres berumur 30 tahun itu memberi penjelasan lanjut, pemilik nama Muhammad Aliff Aziz tidak memaksa.
Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.
Aliff berkata demikian ketika ditemui sesi sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, yang diadakan di Park 88, Damansara, pada Selasa.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal ditayang di slot Akasia TV3, bermula 6 Februari ini.
Bergandingan kali terakhir
Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang menghormati permintaan Bella yang tidak membenarkan dirinya dan Sophia berlakon bersama lagi.
Katanya, dia juga tidak keberatan sekiranya Bella ingin menemani ketika berada di set penggambaran.
Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya.
Tidak ada isteri yang inginkan perkara tidak baik kepada suami. Apabila isteri saya sudah bersuara mengenai perkara ini, saya bersetuju dan perkara itu saya pandang dari sisi positif.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.