berita

Mesra Macam BFF, Keluar Dating Bersama, Ramai Kagum Keikhlasan Wanita Kongsi Suami

February 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Sii Gitom

Tidak dinafikan dalam setiap perhubungan, isu poligami sering ‘menghantui’ golongan wanita walaupun ia dibenarkan dalam Islam, bagi mereka yang layak. Hal ini disebabkan, kaum wanita tidak rela untuk berkongsi kasih, insan yang mereka sayang bersama individu yang lain.

Walau bagaimanapun, seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Sii Gitom, tampil berkongsi kisah yang sebaliknya di mana dia bersahabat baik dengan madu sendiri. Perkongsian tersebut meraih pujian warganet yang kagum melihat mereka berdua walaupun perkara ‘tersebut’ pahit untuk diterima bagi sesetengah individu.

Berkongsi kasih

Foto: Sii Gitom

Menerusi video yang dikongsi, walaupun mereka berdua berkongsi kasih lelaki yang sama, namun perkara tersebut tidak dijadikan penghalang buat mereka untuk bersahabat baik. Bahkan, mereka berdua sempat meluangkan masa dan dapat dilihat hubungan mereka yang begitu akrab.

Bukan itu sahaja, menerusi satu video yang lain, wanita ini sempat membuat panggilan video kepada ‘kakaknya’ atau isteri pertama demi meluahkan rasa rindu yang tersimpan selama ini. Tidak berakhir di situ, netizen sempat berjenaka dengan menyatakan suami mereka berdua, seorang yang ‘berada’ kerana kedua-dua mereka memakai gelang emas yang sama.

Serasi bersama

@siigitomReply to @tipemulus ##siigitom ##hbbeautystudio ##PictureDanceTogether ##supikanterminal ##kotakinabalu ##sabah ##sabah ##smalltiktok? original sound – Sii Gitom

@siigitomRindu bekumpul ??????? ##siigitom ##hbbeautystudio ##hbbeautystudio ##supikanterminal? original sound – Sii Gitom

Reaksi netizen

Video tersebut telah meraih sebanyak 170k tontonan dan ratusan komen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menceritakan pengalaman mereka berkongsi kasih dengan wanita lain.

Pada masa yang sama, netizen turut kagum melihat keserasian yang dimiliki mereka berdua ini.

Sumber: Sii Gitom

SKIP THIS AD ×