berita

Mesti Picit Ni, Terus Level Up Rasa 5 Makanan Tradisional. Korang Wajib Cuba!

December 16th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Untung jadi rakyat Malaysia sebab banyak pilihan makanan kita boleh dapat. Bermula dari makanan tradisional sehinggalah ke makanan yang luar biasa pun kita ada tau.

Tapi, korang tahu tak sebenarnya kita boleh upgrade sendiri beberapa pilihan makanan yang ‘biasa’ jadi luar biasa dengan hanya guna Squeeze Tube dari TEAPOT ni? Kalau nak tahu caranya, jom baca perkongsian admin satu persatu.

1. Kuih Kapit

Kuih Kapit atau turut dikenali sebagai Kuih Sepit memang famous dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya waktu musim perayaan. Kalau takde kuih ni time raya macam tak lengkap. Kerangupannya boleh bikin ketagih wei!

Kuih Kapit

Tapi, boring juga kalau makan kuih Kapit kosong macam tu je kan? Cara nak upgrade Kuih Kapit ni senang je, korang cuma perlukan TEAPOT Squeeze Tube perisa pandan.

Picit je perisa Pandan ni dekat celahan Kuih Kapit sebagai inti atau dibahagian atasnya dan ia siap untuk dihidang. Buat sendiri pun onz lah!

2. Kuih Lopes

Korang pernah dengar tak nama Kuih Lopes? Haa.. sebenarnya ni salah satu kuih favorite admin tau. Biasanya kuih Lopes ni wajib dimakan bersama cairan gula melaka.

Kuih Lopes

Tapi untuk versi level up, korang boleh gantikan kuah gula melaka dengan picit je TEAPOT Squeeze Tube perisa gula melaka. Serius cakap, kalau makan bersama TEAPOT Squeeze Tube, rasanya lebih ngam dan buat satu family berebut!

3. Popia Pisang Goreng

Mungkin ramai yang tak familiar dengan hidangan popia yang satu ini. Boleh dikatakan ni antara menu yang tengah viral sekarang tau.

Popia Pisang Goreng

Ia sebenarnya kombinasi isi pisang dibalut dengan kulit popia dan digoreng sehingga garing. Nak lagi sedap, picit je TEAPOT Squeeze Tube di bahagian atas popia atau boleh juga cicah sebagai sos manis.

Guna perisa apa pun boleh, ikut citarasa korang.

4. Roti Jala

Roti Jala ni memang tak lengkap kalau tak ada kuah kari sebagai pelengkap hidangan. Tapi korang tahu tak sekarang ni roti jala pun dah advanced tau!

Roti Jala

Bagi mereka yang sukakan kelainan, korang boleh cuba hidangkan roti jala bersama TEAPOT Squeeze Tube. Untuk hidangan roti jala ni admin selalu guna perisa pandan. Picit dan terus makan, confirm sedap.

5. Sagu Gula Melaka

Fuh, ini hidangan dessert tradisi paling comel dan digemari ramai. Nak buat sendiri dekat rumah pun senang je ni. Biasanya orang guna santan dan gula melaka sebagai pemanis rasa kan?

Sagu Gula Melaka

Tapi, kali ni kami cadangkan korang guna TEAPOT Squeeze Tube perisa gula melaka. Senang pun senang, sedap dah tentu! Nak lagi memikat selera, jangan lupa picit TEAPOT Squeeze Tube lah!

Senang bawa ke mana-mana!

Haaa… sebab apa admin ajar korang upgrade makanan tradisional guna TEAPOT Squeeze Tube ni? Sebabnya ia sedap dan mudah. Sekali picit, pasti nak lagi!

Paling penting korang boleh bawa TEAPOT Squeeze Tube ni ke mana-mana saja korang suka. Nak bawa ke tempat kerja boleh, nak pergi travel boleh, nak bagi anak-anak bawa ke asrama pun boleh dan kalau nak bawa balik kampung hadiahkan pada mentua lagi cun.

Macam yang admin sebut-sebut kat atas tadi, TEAPOT Squeeze Tube kini dah ada 3 flavours iaitu Pandan, Gula Melaka dan Krimer Manis. Memandangkan ketiga-tiganya memang kegemaran admin, jadi admin dah beli kesemuanya. Hehe

Takkan makanan je level up kan? Korang pun kena upgrade jugak! Cepat dapatkan kesemua perasa TEAPOT Squeeze Tube ini di mana-mana pasaraya terkemuka atau korang boleh beli secara atas talian melalui Lazada!

#TeapotSqueezeTube #SekaliPicitPastiNakLagi 

SKIP THIS AD ×