Orang Malaysia dan makanan pedas memang susah nak pisahkan. Pendek kata, dari lauk pauk sehinggalah ke mi segera, semuanya wajib pedas berapi.
Kali ni kami nak reveal pasal kemunculan semula mi segera viral yang menjadi rebutan ramai sebelum ni. Dan kalau korang nak tahu, dalam mi segera viral ni sebenarnya ada dua jenis cili paling pedas di dunia iaitu Ghost Pepper dan Habanero! Memang menangis wei.
Mi segera viral dengan cili pedas berapi dah kembali!
Ya guys, Mamee Daebak Ghost Pepper dan Mamee Daebak Habanero dah kembali lagi menghangatkan korang! Mamee Daebak Habanero hadir dalam dua pilihan flavour iaitu Spicy Chicken (dry) dan Kimchi Jjigae (Soup) manakala Mamee Daebak Ghost Pepper kekal eksklusif dengan satu flavour.
Paling penting, ia hanya dijual di 7-Eleven seluruh Malaysia dan hadir dalam tempoh yang terhad je. Memang kalau habis tu, kami tak boleh buat apa lah. Jangan menangis kat bucu katil pulak tau.
#canornotchallenge2 confirm bikin telinga berasap
Memandangkan Mamee Daebak dah buat comeback, ini masanya untuk korang sahut cabaran #canornotchallenge2 pulak. Nak lagi padu, cabar kawan-kawan, adik-beradik korang makan ramai-ramai. Kita tengok siapa yang berpeluh, muka merah dan menangis.
Nak join #canornotchallenge2 ni ada syarat tau! Tak boleh main bedal makan je.
- Korang kena pilih sama ada nak makan Secawan Mi Segera Mamee Daebak Ghost Pepper atau Habanero Spicy Chicken dengan Habanero Kimchi Jjigae
- Rakam video sepanjang korang struggle nak habiskan SATU Mi Segera Ghost Pepper atau DUA flavor Mi Segera Habanero. Paling penting, tak boleh minum air tau!
- Muat naik di sosial media dan tag @daebaknoodles. Kemudian sertakan hashtag #canornotchallenge2 Showdown time! Dan pilih sama ada korang #teamhabanero atau #teamghostpepper ?
Ini 10 cili paling pedas di dunia!
Eh, korang tahu tak cili Ghost Pepper dan Habanero yang ada dalam Mamee Daebak ni level kepadasan macam mana? Haa… kalau tak tahu jom kita tengok 10 senarai cili paling pedas di dunia.
1. Carolina Reaper
Cili ini pernah tersenarai sebagai cili paling pedas di dunia sekitar tahun 2013. Menariknya, selepas diuji buat kali kedua pada tahun 2018, tahap kepedasannya semakin meningkat dan ia terus kekal di tangga pertama dalam senarai cili terpedas dunia dengan tahap kepedasan sebanyak 2,200,000 SHU.
2. Trinidad Moruga Scorpion
Nama panjang bagi cili ini ialah Trinidad Scorpion Moruga Blend dan berasal dari tanah Moruga di Trinidad dan Tobago. Tahap kepedasan yang dicatatkan ialah sebanyak 2,009,231 SHU, dan ia menduduki tangga kedua dalam senarai cili paling pedas di dunia.
3. 7 Pot Douglah
Cili berwarna coklat gelap atau ungu gelap ini mempunyai tahap kepedasan sebanyak 1,853,936 SHU dan melayakkannya menduduki tangga ketiga dalam senarai cili paling pedas di dunia. Cili ini turut dikenali sebagai 7 Pot Brown juga berasal dari Trinidad.
4. 7 Pot Primo
Jangan keliru kerana namanya seakan sama dengan cili 7 Pot Douglah. Fizikalnya pula hampir menyamai Carolina Reaper. Tapi, sebenarnya 7 Pot Primo mempunyai tahap kepedasan yang jauh lebih rendah iaitu sebanyak 1,469,000 SHU saja.
5. Trinidad Scorpion ‘Butch T’
Pada tahun 2011, cili ini berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai cili paling pedas di dunia. Cili yang berasal dari daerah Crosby, Mississippi ini mempunyai tahap kepedasan sebanyak 1,463,700 SHU dan kini hanya tersenarai di kedudukan kelima sejak tahun 2018.
6. Naga Viper
Naga Viper merupakan tanaman hibrid dari cili lain seperti Bhut Jolokia dan Trinidad Moruga Scorpion. Pernah bergelar cili paling pedas di dunia pada tahun 2011 dengan level kepedasannya 1,382,118 SHU.
7. Bhut Jolokia (Ghost Pepper)
Bhut Jolokia turut dikenali sebagai Ghost Pepper. Cili ini la yang ada dalam Mamee Daebak Ghost Pepper . Ia sempat memegang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada tahun 2007. Berasal dari India, cili ini mempunyai rasa 400 kali lebih pedas daripada Sos Tabasco tau.
8. 7 Pot Barackpore
Cili 7 Pot Barrackpore memiliki level kepedasan 1.000.000 SHU. Cili ini mempunya sensasi pedas yang lebih tahan lama dan rasa pedas yang diberikan juga jauh lebih baik dibandingkn cabai 7 Pot Red Giant.
9. 7 Pot Red Giant
7 Pot Red Giant ini sebenarnya ada banyak jenis. Tapi, kesemua jenisnya ada level kepedasan yang sama iaitu 1.000.000 SHU. Apa yang membezakan jenis-jenis cili 7 Pot Red Giant ini ialah ukuran saiznya saja.
10. Red Savina Habanero
Cili yang berasal dari Walnut, California ini pernah bergelar cili paling pedas di dunia selama kurang lebih 12 tahun sejak 1994 hingga 2006. Tahap kepedasan bagi Red Savina Habanero ialah antara 248.556 hingga 500.000 SHU. Nak tahu pedas dia macam mana, korang kena try Mamee Daebak Habanero!
Suka makan pedas? Sahut cabaran #canornotchallenge2 sekarang!
Haa… amacam guys, berani tak nak sahut cabaran ni? Kalau korang berjaya selesaikan #canornotchallenge2 , korang memang lejen!
Sebarang maklumat lanjut tentang cabaran pedas meletop atau info pasal Mi Segera Mamee Daebak, jangan lupa layari laman facebook @daebaknoodles Instagram @daebaknoodles hari ini juga!