Susulan kes pasangan pempengaruh Islamik yang didakwa menyeleweng kutipan derma, pengarah dan penerbit Michael Ang mula hilang kepercayaan kepada golongan ‘influencer’ yang menjalankan aktiviti mengutip duit sumbangan.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pempengaruh Direman 4 Hari Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa Dapatkan Suapan
Artikel Berkaitan: Pasangan Pempengaruh Ditahan SPRM Isu Seleweng Kutipan Derma, Dibawa Ke Mahkamah Esok
Hentikan derma influencer
Menurut Michael, budaya menyumbang duit derma kepada golongan pempengaruh yang mengaku diri mereka sebagai orang tengah perlu dihentikan.
Influencer pun scammer derma? Korang, saya rasa semua scammer ini perlu dihentikan. Cara untuk hentikan ada satu cara sahaja, iaitu dari diri kita sendiri.
Kita dah tak boleh nak percaya pada derma-derma influencer, individu dan terutama yang menggunakan agama, hal-hal berkaitan agama.
Michael berkongsi mengenai pandangannya itu menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pengarah drama Red Velvet ini berpendapat lebik baik sekiranya orang ramai membantu dan mendahulukan ahli keluarga sebelum menghulurkan sumbangan kepada pihak yang tidak dikenali.
Lebih baik kita derma dan tolong orang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Yang berkaitan keluarga dulu sebelum nak tolong orang lain.
Ba alif ba ya (carut) pada mereka yang mengguna agama untuk kumpul derma.
Sumber: Instagram