berita

Michael Ang Respon Isu Viral Kerosakan Di Gua Semasa Penggambaran, Akui Kesal Dengan Apa Yang Terjadi

March 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Megat Mohd Shahrin

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan kerajaan Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat dipercayai telah dirosakkan ketika sebuah syarikat produksi drama menjalankan penggambaran.

Bahkan, menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, memaklumkan pihaknya sudah menerima aduan berhubung kerosakan yang berlaku di situ daripada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengaku kesal dengan apa yang telah terjadi

Foto: Michael Ang

Susulan daripada apa yang terjadi, pengarah terkenal Michael Ang menerusi satu posting di laman Instagram menjelaskan dia mengakui kesal dengan insiden produksi drama Angkara Cinta yang menjalani penggambaran di situ. Bahkan, sehingga kini pihaknya masih mengesan individu yang tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian rupa. Ujar Michael lagi, pihaknya sudah menerima kebenaran untuk menjalani penggambaran di situ.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kami mendapat persetujuan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk penggambaran.

Mengenai kerosakan grafiti, saya sangat kesal kerana salah seorang kru melakukannya. Kami masih menyiasat untuk mengetahui individu mana yang melakukannya. Kami mengharapkan kerjasama penuh dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam perkara ini.

Sebagai syarikat penerbitan kami sangat menyesali kejadian seperti ini berlaku. Saya berasa mengajar orang bodoh menjadi pintar dan bertanggungjawab agak sukar. Saya tidak akan membiarkan sesiapa yang merosakkan grafiti ini terlepas dari hukuman.

Isu ini mula mendapat perhatian ramai, apabila seorang pengguna Facebook berkongsi kerosakan yang berlaku di gua tersebut ditambah pula dengan ukiran nama tajuk drama itu yang berada di dinding gua itu.

Sumber: Michael Ang & Harian Metro

SKIP THIS AD ×